Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 2, 2012

Tak Habis-Habis Ugut Rakyat Dengan Huru-Hara Dan Keamanan.....

Sedarkah Najib dan Menteri-Menteri bangangnya yang rakyat dah muak dengan isu huru-hara dan perkauman?
Published: Rabu Ogos 1, 2012 MYT 9:43:00 PM - mStar
Syukuri Keamanan Negara - PM
RAUB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bersempena Ramadan yang mulia ini, rakyat perlu menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat keamanan negara.
Beliau berkata nikmat keamanan dan kemakmuran adalah hasil pengorbanan para pahlawan negara dan hasil daripada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Perdana Menteri berkata banyak dugaan yang terpaksa diharungi negara dan kerajaan dan juga darah pahlawan yang mengalir untuk mewujudkan suasana aman dan tenteram yang dinikmati sekarang.
"Saya tidak boleh jamin pakatan pembangkang boleh tunaikan (dalam soal keamanan), soal perlembagaan pun tak sepakat...ini memberi persoalan yang besar, adakah pembangkang boleh beri jaminan keharmonian?," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat daerah Raub yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di padang awam Kampung Gali Tengah, di sini, Rabu.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Shaharuddin Ab Moin.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana aman dan makmur, malah kemakmuran negara ini menjadi tumpuan rakyat negara lain untuk mencari rezeki dan katanya terdapat dua juta pekerja asing yang berdaftar di negara ini.
"Ketika ini di negara-negara lain termasuk negara Eropah, kadar penggangguran telah meningkat, di Eropah misalnya pengangguran 25 peratus, di negara Sepanyol 45 peratus, di Malaysia kita tidak ada masalah pekerjaan, cuma orang kita memilih pekerjaan, kalau nak kerja tak jadi masalah," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan pembinaan cawangan Universiti Teknologi Mara di Raub dengan kos RM230 juta yang bakal dibina tidak lama lagi.
Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Maghrib dan kemudiannya solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

2 comments:

  1. Nak buek cam no laie???

    Tu ajo modal yang dio ado.

    Nak berdobat mampuih dio tak beghani!!!

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Kau orang peraayalah kepada "Bapa Pengumuman" itu. Haramjadah tu penipu adalah sarapan pagi dan malam beliau. Nak takut apa dengan huru-hara? Kalau nak bakar rumahpun tak kanlah rakyat nak membakar rumah sendiri? tentunya mereka akan membakar rumah-rumah pak menteri yang korupsi yang seperti istana dan dipenuhi dengan berpuluh kereta-kereta import mewah tu.... Lu fikir lah sendiri!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa