Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 15, 2012

Anjing Buruk Kepala Yang Terbuang Nak Mengajar Bekas Tuannya Pula!

Sedarlah diri wahai musang ooiii... 

Nik Aziz perlu berundur

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut.

Katanya, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jati mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tetap akan bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.

Hasan berkata, Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas.

"Sama ada (kehadiran itu) benar-benar menguntung atau merugikan bukan sahaja kepada Pas tetapi yang lebih penting imej, kehebatan dan keagungan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa DAP tidak pernah mengganggu Pas dan merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam pilihan raya umum akan datang agak keterlaluan.

"Lupakah Nik Aziz dan orang-orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

"Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebut akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang didatangkan oleh DAP,'' tegasnya.

Hasan berkata, kedua-dua kenyataan terakhir Nik Aziz berhubung kerjasama dengan DAP mempunyai dua implikasi besar.

Pertamanya, jelas beliau, kenyataan tersebut akan mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong Pas yang sudah tidak mampu menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

"Kedua, saya bimbang kenyataan itu akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian pimpinan Pas yang merupakan golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Pas disebabkan 'peluru' yang disediakan oleh Nik Aziz sendiri,'' ujarnya.

Menurut beliau, seperti yang diketahui Nik Aziz mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas dan bagi kebanyakan ahli serta penyokong Pas, mereka menganggap Mursyidul Am Pas itu adalah segala-galanya.

"Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau.

"Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting di sisi Allah SWT," katanya.

* 3 hari saya tidak update blog kerana baru sampai KB malam ni, bertapa di Sunway Kayangan 

2 comments:

  1. otak asang ali dah mereng sebab dia ingat dia masih ahli pas..otak klau dah diliwat dek umnu, mca & mic tak lupa jugak parti pundek-pundek

    ReplyDelete
  2. Anon

    Ha..haa... begitulah nampak gayanya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa