Beginilah jadinya bila 'keldai' diperalatkan
Memang untuk lakukan sesuatu 'Keldai' tak akan pakai otak
Asalkan ada rumput yang diikat di depan dia akan redah jer tanpa toleh kiri kanan
'R' berjuang untuk Rakyat Kelantan khasnya dan rakyat negeri pengeluar minyak lain amnya
'R' bukan berjuang untuk peribadi, bukan untuk tembolok dan bukan untuk punggung keluarkan(discharge)
Jadi kalau setakat jadi 'keldai' di pihak yang bangang, tak kenal hak dan harta sendiri, tak payahlah nak tunjuk gedebe..... ramai lagi manusia yang lebih gedebe!
Kalau dah 'keldai' tu, memang sahlah bodoh dan bangangnya memang melekat di atas belakang!
Aktivis proroyalti minyak Kelantan Mohd Zulhazmi Hassan membuat laporan polis mendakwa beliau diugut untuk dicederakan oleh seorang lelaki di Internet.
Beliau yang bergiat sebagai ahli jawatankuasanya Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) itu tampil membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa semalam.
Dalam laporan polisnya, Mohd Zulhazmi mendakwa, ugutan itu dibuat seorang lelaki menggunakan nama "Rahim Bakar" dalam Kumpulan Facebook "PASni Umno".
Menurut Mohd Zulhazmi, ugutan bertulis berbunyi: "Aku jupo Jeming nieh, aku tinboot sakat nok." (Aku jumpa Jeming [Zulhazmi] ini, aku tumbuk semahu-mahunya.)
Mohd Zulhazmi juga berkata, lelaki itu secara spesifiknya mahu mencederakannya di Shah Alam sempena perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan-Selangor pada 12 Oktober ini.
Dalam laporan polisnya, beliau juga mengesyaki kumpulan Facebook itu dikendalikan oleh pemimpin kumpulan anti-PAS Kelantan.
Beliau mendakwa, perkara sama pernah berlaku pada aktivis lain ROYALTI, termasuk setiausahanya Mohd Hisyamuddin Ghazali sendiri.
kena belaja tomoi siam utk bela diri. nak bawa pistol takut kena tangkap.. hahha
ReplyDeleteHati Muda
ReplyDeleteSepatutnya sebagai lelaki kena ada ilmu mempertahankan diri dan sedikit sebanyak kebatinan