Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 10, 2012

Saman Sajalah, Habis Cerita!

Pada saya kalau pun benar orang-orang kristian DAP berdoa, apa salahnya?
Adakah menyalahi Perlembagaan? 

Setakat nak berdoa, lantaklah. Lakumdiinukum waliyadiin... 
Itu hak masing-masing

Segi lojiknya, salahkah sekiranya Penganut Islam di dalam negara bukan Islam berdoa untuk mendaulatkan Islam di dalam negara berkenaan?

Pada saya kenyataan Nasha itu memang sengaja untuk mencetuskan sentimen agama dan mensensasikan keadaan...
DAP S'wak: Dakwa doa 'Msia jadi negara Kristian' berniat jahat

DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.

Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.

Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.
"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa