Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 1, 2012

Bukankah Tipu Itu Dah Sinonim Dengan Mereka?

October 01, 2012

KUALA LUMPUR, 1 Okt —  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas formula 3-3-3-1 oleh Umno untuk menawan semula negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan menyifatkan ia satu lagi taktik penipuan yang bakal digunakan oleh kerajaan.


Lim membidaskan kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Umno dan Barisan Nasional. — Foto fail

Dalam kenyataan medianya, Lim berkata formula tersebut akan menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai agen untuk membantu mereka menang dan perkara tersebut dikuatkan lagi dengan dakwaan terdapat pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno.

“Formula Umno termasuklah tambahan tiga kerusi kepada sebelas kerusi dewan undangan negeri yang sedia ada buat Umno, MCA dan Gerakan dan satu kerusi untuk MIC. Matlamatnya adalah untuk menang dengan hanya satu majoriti yakni 21 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri,” kata Lim.

“Tindakan BN menggunakan SPR untuk kepentingan politik mereka terjaga dengan baik sehinggalah terdapat pendedahan terkini bahawa ada pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno.”

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang tersebut juga mendakwa kawalan media arus perdana untuk menyebarkan pembohongan terhadap PR adalah satu lagi formula berbentuk penipuan yang digunakan oleh Umno dan BN bagi mengambil alih Pulau Pinang dalam PRU nanti.

Lim turut menyelar sikap media arus perdana yang hanya membuat laporan bersifat perkauman, pembohongan tentang rasuah dan salah laku seksual tetapi tidak membuat laporan hasil kejayaan pentadbiran dibawah PR.

“Kawalan BN ke atas media telah menyebabkan bukan sahaja kejayaan-kejayaan pentadbiran PR tidak ditonjolkan,” tambah Lim.

“Lebih teruk lagi apabila media perdana mengulang-ulang penipuan yang memualkan walaupun dibuat oleh orang-orang bawahan BN malah mereka mendapat lebih liputan berbanding Ketua Menteri. Liputan yang terhad diberikan kepada jawapan balas daripada PR atau kadangkala tidak disiarkan langsung.”

Pada Ahad lalu, Bernama melaporkan naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan “Formula 3-3-3-1” jika BN mahu merampas semula Pulau Pinang pada PRU nanti.

Ahmad Zahid berkata tersebut ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.

Justeru, Lim menggesa PR untuk melihat formula yang bakal digunakan oleh Umno sebagai sesuatu yang serius sambil berharap pemimpin dalam pakatan berwaspada dan membuang sikap cepat berpuas hati.

“Saya akan meminta semua parti PR menghantar laporan penuh persediaan PRU mereka dan bersiap sedia untuk kemungkinan PRU pada November.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan memanggil PRU tahun depan,” tambah beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa