Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 10, 2012

Dengan Selamba Shahrizat Kata 'Tiada pecah amanah'

Dia gunakan undang-undang (perjanjian) untuk menghalalkan rupanya! 

Mahkamah diberitahu 'tiada pecah amanah' beli kondo NFC

Mahkamah diberitahu bahawa "tidak berlaku pecah amanah" dalam lencongan penggunaan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta, dari projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada dakwaan pembelian sebuah unit kondominium di Bangsar.

Menegaskannya sewaktu disoal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan yang dibuat di Parlimen awal tahun ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
NONEShahrizat - yang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap dua
pemimpin PKR - menegaskan bahawa Nazri bukan menteri pertanian dan industri asas tani.

"Tidak, saya tidak bersetuju dengan kenyataan (Nazri). Kita perlu melihat sama ada terdapat sebarang instrumen undang-undang," katanya menjawab soalan peguam Ranjit Singh.

Instrumen undang-undang itu termasuk apa-apa perjanjian bertulis antara pengurus projek National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan mengenai penggunaan pinjaman tersebut.

Ranjit mewakili Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto). Seorang lagi responden ialah Ketua Wanita, PKR Zuraida Kamaruddin.

Lebih RM80 juta daripada pinjaman mudah itu dilaporkan telah dipindahkan kepada National Meatworks dan Livestock Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat.

Wang ini didakwa digunakan untuk membeli unit di kondominium mewah OneMenerung di Bangsar, Kuala Lumpur. - mk

2 comments:

  1. Salam uncle;

    Minta maaf cakap laaaa..., tengok muka lembu betina nih pun dah naik menyampah di buatnya...

    Inilah petualang aka pengkhianat negara, wajar di hukum penjara seumur hidup buat dia sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. W'salam Isa

    Dulu uncle respect kat minah ni sebab dia suka merendah diri bila bercakap. Dia jadi berlainan bila dia berjaya kalahkan Rafidah dan bernaung di bawah Najib

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa