Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 11, 2012

Sebenarnya Malaun Ni Ambil Kesempatan Dari Kelemahan PAS

Pada mulanya dia hanya test sikap dan tindakan PAS
Bila PAS tidak ambil apa-apa tindakan pun. 
Jangankan amaran, nasihat pun mungkin tidak! 

Bila dirasakan PAS lembik, maka dia pun angkat tocanglah
Pada akulah, tindakan Nasha ni memangnya salah
Tetapi PASlah yang lebih bersalah

Aku memang syak ada orang-orang kuat di dalam PAS di belakang dia
Dalilnya dia tidak dikenakan apa-apa tindakan pun dari kerenahnya berkaitan UG lagi sehinggalah dia menceluparkan mulut dalam kes sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad telah memutuskan hubungan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa, yang semalam member peringatan kepada parti itu.

"Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian," kata Salahuddin dipetik Harakahdaily, hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang mendakwa beliau dan Khalid mengumumkan tidak ada hubungan lagi dengan Nasharudin.

Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini berkata kenyataan bekas timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan PAS.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen berhubung dakwaan mengenai penganjuran doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian itu, Khalid berkata, kenyataan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa MP Bachok itu mengikut arahan "orang di luar PAS".

Bagaimanapun Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan.

Malaysiakini melaporkan, Khalid Samad berkata Nasharudin dipengaruhi oleh orang luar PAS ketika membuat kenyataan.

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

2 comments:

  1. Kalau pemimpin begini pun PAS masih mempertahankan tanpa ketegasan walaupun masih belum memegang tanpuk pemerintahan negara, apa hal pula nanti jika mereka memerintah bersama PR? Pastinya setiap kesalahan para pemimpin mereka nanti akan disorok di bawah tikar mengkuang sahaja, tanpa ada ketegasan dari Majlis Syura (walaupun si bantut itu adalah salah seorang ahlinya). Rasulullah pernah bersabda "berkatalah benar walaupun ianya pahit", maksudnya akuilah kesalahan, kerana dengan kredibiliti tersebut akan ada keyakinan dan kepercayaan yang lebih besar dari rakyat terhadap PAS. Beginikah standard PAS setelah sekian lama diuji dan dinilai oleh segenap lapisan rakyat yang amat mempercayai tarbiah mereka ini? Jangan kerana nila yang tak habis-habis menitik, rosak susu sebelanga atau kerana asyik nak menjaga "munafik" yang seekor, habis ahli bawahan lari bergelimpangan....

    ReplyDelete
  2. Alam Flora

    Sebenarnya bukan PAS tidak kisah dengan malaun ni, tetapi dia ni ada backup dari puak UG di dalam Majlis Syura dan juga pucuk pimpinan!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa