Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 4, 2012

Kalau Di Pihak Yang Benar, Apa Nak Risaukan?

Ala.. Kasiiim, Roslam Kassimm..... 
Ko pulak yang sibuk dan resah gelisah
Apeke henya?

Dulu aku hormat ko, kerana ko bersama YB Saifuddin Nasution pernah jadi motivator aku 
Sekarang ko melalut tak tentu hala... 

Ko tak tauka, berbanding ko dan Brehem katak tu, kau yang lebih berwibawa sebenarnya
Ko sebagai bekas motivator pun gagal mengenal 'kekuatan' diri!

Kalau Naijb di pihak yang betul dan benar
Apa nak dirisaukan?

Dok diam-diam dan jangan beralasan bodoh!

'Siasatan Scorpene cuba wujud tanggapan Najib salah'

PERKASA berkata, siasatan mahkamah Perancis terhadap urus niaga Scorpene secara tidak adil memberikan tanggapan bahawa Datuk Seri Najib Razak terlibat walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

NONEKetua penerangan kumpulan pendesak Melayu itu Ruslan Kassim (kanan) berkata, walaupun semua pihak mahukan kebenaran, tiada pihak patut dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan.

Bagaimanapun, katanya lagi, pengadilan seolah-olah dibuat di mahkamah awam apabila kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencipta tanggapan bahawa Najib terlibat.

Bercakap dalam rancangan bual bicara MobTV, Ruslan membuat spekulasi, tanggapan itu disengajakan demi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang.

Mengulas perkara itu, Sivarasa bagaimanapun berkata, kerajaanlah sebenarnya mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk mempengaruhi tanggapan umum. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa