Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 4, 2012

Pencerahan: Siapa Robert Kuok....

Kenali siapa Robert Kuok ~ Jutawan gula Malaysia satu masa dulu


Sebelum tahun 1957 Kuok Keng Kang ayah Robert Kuok selalu kongsi niaga dgn Sultan Ibrahim Johor. Atas perkonsian itu,Baginda hadiahkan sebuah kereta kepada Kuok Keng Kang  Di samping itu Dato Onn yang menubuhkan parti UMNO selalu main mahjong sama Kuok Keng Kang di kedai beras miliknya Pada masa UMNO ditubuhkan pada 1946 oleh Dato Onn Kuok Keng Kang juga mendermakan wang! 

Atas kebaikannya anaknya ditolak pergi daripada niaga Gula selepas 50 tahun.ini merujuk kes pengambilalehan kilang gula oleh Najib mengunakan nama FELDA.Tanda UMNO kenang budi right?


Pada tahun 1957 Tunku Abdul Rahman meminta bantuan Robert Kuok menubuhkan Malaysia Singapore Airlines. Robert Kuok adelah president yang pertama syarikat ini. 

Pada tahun 1963, Malaysia Singapore Airlines dibahagikan kepada Malaysia Airlines (MAS) Singapore Airlines (SIA). Robert Kuok menolak kedudukan president MAS ataupun SIA supaya tidak mengguris hati pemimpin kedua-dua negara.

Pada awal 1970s, Menteri Kewangan Barisan National ingin mempergunakan Robert Kuok sebab persahabatan yang luas. Beliau meminta Robert Kuok untuk menbantu menubuh MISC, supaya negara-negara Eropah tidak monopoli pelayaran Malaysia. Setelah berjaya di tubuh, Robert Kuok adalah president yang pertama syarikat MISC.

Pada awal 1980s, Robert Kuok yang selalu berurus niaga di Hong Kong pulang ke Malaysia atas permintaan Barisan National untuk selesaikan masalah crisis koperasi kewangan.


Robert Kuok mempergunakan persahabatan yang baik dengan MCA bagi melobi  bantuan kewangan daripada  MCA supaya MPHB tidak bankrupt. 


Misi berjaya.Selepas 2 tahun barulah Robert Kuok letak jawatan president MPHB sebab crisis koperasi kewangan sudah diselesai.

Pada tahun 1997, kerajaan Malaysia mengadapi Krisis Kewangan Asia. Sebab kedudukan oligopoli yang diadakan oleh Kuok, kerajaan minta tolongnya supaya tidak naik harga gula. Oleh itu, Kuok berusaha menstabilkan harga gula di dalam Malaysia. 


Peniaga Gula di Singapura beritahu wartawan daripada Straits Times mengatakan bahawa pasaran gula adalah perniagaan yang sangat kompleks. Hanya tawkeh besar seperti Kuok , mempunyai kekuatan yang cukup untuk menstabilkan harga gula di Malaysia.

1 USD = RM2.70 Robert Kuok beli gula luar negeri dgn RM2.70 sekilo
1 USD = RM3.80 Robert Kuok beli gula luar negeri dgn RM3.78 sekilo

- Kuok rugi RM1.10 sekilo selama satu setengah tahun gula tak naik harga!
Pada tahun 1999, kerajaan BN barulah kasi subsidi gula kpd 
kilang gula Robert Kuok. 
Oleh kerana itu,  Kuok sudah rugi kuat pd 1997 & 1998. Report kewangan Perlis Plantation Bhd boleh tunjuk kerugihan yg kuat ini.  Kenapa kroni BN Syed Mokthar tidak kasi susidi kpd raykat Malaysia pula?

Pada tahun 2007, Robert Kuok bersetuju untuk dilantik sebagai wakil Wilayah Iskandar project Johor atas permintaan Tun Abdullah. 


Pada September 2009, Ng Yen Yen meminta Kuok berkongsi filem perlancongan Malaysia di bilik hotel Shangri-La yang dimilik Kuok. Kuok terus bersetuju 

Pada Oktober 2009, Kuok dipaksa berhenti dan jual syarikat gula di Malaysia selepas 50 tahun berusaha dlm bidang perniagaan gula di Malaysia. 

Kilang gula Malaysia menghasilkan keuntungan yang lumayan. pada akhir tahun 2008, keuntungan syarikat selepas cukai sebanyak 124 juta, syarikat Perlis Plantation Bhd simpan wang tunai sebanyak 391juta. Kenape Kuok menjual titik peluhnya yang sudah berusaha lebih daripada 50 tahun secara mysteri

Pada November 2009, kerajaan BN mengumumkan harga gula akan dinaikkan.

Pada Disember 2009, Kuok dikacau lagi supaya menyerahkan hak untuk eksport kelapa sawit pada ahli kongres Barisan Nasional Datuk Tajuddin Abdul Rahman. (Pasir Salak)

Pada Januari 2010, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan berita harga gula dinaikkan. Harga gula dilarang naik lebih daripada sepuluh tahun, "tiba-tiba" Moonshot 3 kali pd tahun 2010!



Begitulah terjemahan dari satu sumber yang mendedahkan asal kilang gula di negara kita Malaysia.. Kuok tidak pun meminta harga gula dinaikkan.. namun apabila kerajaan melalui Najib mengambil aleh kilang gula,  hingga hari ini 4/10 /2012 telah 5 kali kenaikan harga gula.. 

Rakyat diam tak buat apa.. membisu seribu bahasa.. Yang celik matanya menentang kenaikan ini.. bukan isu 20 sen sekilo yang di pertikai.. tapi dengan pemotongan subsidi ini..berapa bilion wang subsidi tu pergi? kononnya kerajaan dapat berjimat dengan pemotongan subsidi,so kemana baki pemotongan ini di salurkan?

Orang naikkan harga sesuatu barang atas sebab kenaikan kos2 semasa membuat barang tersebut,tapi di negara kita. gula dinaikkan harga atas nasihat pengamal kesihatan,Bukti/laporan atau siapa pengamal yang berkata begitu pun kita tak nampak bayang right? 


Inilah satu cara mengolah persetujuan namanya...

Dibawa dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa