Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 10, 2012

Ramalan Ahlilnujum Purba Yang Mengaku Dirinya Nyanyuk...

October 09, 2012

KUALA LUMPUR, 9 Oct — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan meningkat dengan pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga turut memuji bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "baik" dan akan membantu BN dalam pilihan raya akan datang.

"Bajet (2013) itu baik ... Saya rasa sokongan kepada BN akan ada peningkatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Beliau (gambar) yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun pernah mengeluarkan kenyataan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah beberapa pemimpin BN, malah mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.

Dr Mahathir dalam sebuah forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum ini meramalkan bahawa BN akan terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan lemah dan itu adalah tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.

Menurut Dr Mahathir lagi, tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah tindakan yang menyerupai “pembelian undi”, akan tetapi mengakui usaha tersebut dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU semakin hampir.

Sebagai seorang pemimpin BN yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin “tidak menyenangkan” tetapi akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Mana-mana kerajaan yang dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah melalui pembelotan massa, kata Dr Mahathir sebelum ini memberi amaran.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa