Dan aku juga dapat rasakan yang dia ni mewakili satu golongan di dalam PAS
Golongan ini adalah golongan berpengaruh (rasanya ramai orang dah nampak)
Yang aku perasan di dalam PAS memang ada dua hala (cara perjuangan) walau pun nampak satu kepala - agenda puak ni masih lagi belum digugurkan!
Yang terang dan jelas mereka ini tidak patuh kepada keputusan Ahli-Ahlinya sendiri di dalam Muktamar yang lalu
Bagi puak-puak ni adalah lebih baik keluar dari sarung PAS dan terus jer pakai sarung UMNO. Biarlah terang dan jelas kepada ahli. Jangan jadi pengecut macam Hasan Jati, takut nak pakai baju UMNO walau pun bulunya sudah pun berubah menjadi bulu UMNO!
Tak payahlah jadi musang berbulu ayam dan menipu majoriti Ahli-Ahli PAS yang begitu percayakan dan taat kepada pimpinan
Apa yang aku katakan ini adalah apa yang aku nampak dan kalau ada orang-orang/Ahli PAS nak marah pun marahlah, itu hak kamu.
Dan apa yang aku kata adalah hak dan kebebasan aku!
'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'
"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?
"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.Beliau mengulas demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.
Dalam pembentangan itu, Nasharuddin Mat Isa membangkitkan persoalan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya.
Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.
"Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," katanya.
Beliau turut mengulangi bahawa pendiriannya amat jelas dan akan mengutamakan agama Islam berbanding menjadi ahli PAS.
Bagaimanapun, MP Bachok itu berkata beliau buat masa ini masih belum merancang untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya. - mk
biar dia masuk umno... nanti kita pula kata " tak islamik langsung!" wakaka
ReplyDeleteBeruk Jantan Bantut ni sepatutnya dah lama dipecat sekali dengan Ah San Munafik Muka Huduh dahulu. Kalau inilah pendirian mereka di negara ini, sampai bila pun Umat Islam akan tepinggir dan akan dipinggirkan serta tidak akan berkembang, malah menguncup.
ReplyDeleteSalam Mountdweller
ReplyDeleteBanyak kali Yong tulis dalam blog Yong sejak sebelum Hassan Akidah dipecat lagi. Memang dia ni menggunting dalam lipatan.
Tapi toksah pecat dia. Cuma jangan bagi dia kerusi selesa. Itu saja jawapannya.
letak je la jawatan tu..... transform la nak jadi apapun
ReplyDeleteHati Muda
ReplyDeleteKononnya rasa dirinya islamiklah kot membuatkan dia bermulut luas tanpa fikirkan akibatnya kepada parti dan rakan
Melayu Kena Sokmo
ReplyDeleteBedruk mabuk UG. Gila nak jadi menteri!
Bukanya pasal Islam` sangat..
W'salam Yong
ReplyDeleteBukan setakat gunting dalam lipatan tetapi 'taik dalam jubah'
Biarkan dia mati kering dengan angan-angannya!
Anon 8:18 AM
ReplyDeleteMasalahnya dia tidak akan meletakkan jawatan dan dia yakin PAS tidak akan memecatnya sebab ramai juga lebai kelarah di dalam PAS menjadi backup dia.