Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 2, 2012

RCI:Rakyat Hilang Kepercayaan Kerana Kerajaan Hilang Wibawa?

Tang benda Allah ni, Bila ada perkataan Raja D'Raja ni malas nak ulas. 
Nanti dituduh derhaka pulak. Hee..hee... 

 Hanya separuh percaya RCI tangani isu warga asing

Satu tinjauan umum mendapati sembilan daripada 10 warga Sabah bersetuju dengan penubuhan  suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing di negeri itu.

Bagaimanapun, hanya separuh daripada responden percaya bahawa RCI itu akan menangani masalah pendatang asing tanpa izin, yang dituntut supaya mendapat perhatian segera kerajaan.

Kajian itu dijalankan Merdeka Center antara 6 hingga 7 September itu menilai persepsi pengundi mengenai perkembangan semasa di Sabah.

Sejumlah 829 orang pengundi – melibatkan 51 peratus bumiputra Islam, 29 peratus bumiputra bukan Islam dan 20 peratus pengundi Cina yang mencerminkan profil pengundi di negeri itu – diwawancara melalui telefon. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa