Pertama kerana tajuk yang saya letakkan itu mengandungi berbagai makna yang tersirat
Keduanya adalah sebagai peringatan untuk parti-parti komponan PR.
Ucapan yang dimaksudkan prihatin di dalam N3 ini walau remeh kepada satu pihak tetapi bermakna kepada pihak yang lain
- ambillah perhatian ....
Di dalam memikat hati pengundi, perkara begini pun boleh membuat orang terpesona!
Saya dan isteri di Kelantan memang sentiasa menerima msg. selamat hari lahir atau pun hari raya dari kedua-dua belah pihak, UMNO dan PAS
Ucapan dari UMNO adalah dari Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato' Fatmi dan dari PAS pula adalah dari Wakil Rakyatnya, ADUNnya Dato' Takiyudin dan MPnya Chikgu Rahim
Ketiganya, janganlah terpengaruh sangat dengan hasil kajiselidik yang diwar-warkan
Kaji selidik tak boleh dipercayai sangat
Kebelakangan ini beberapa pihak termasuk universiti mengadakan kaji selidik atau tinjauan rambang mengenai sokongan rakyat kepada parti-parti politik, khususnya parti yang mentadbir Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan-kerajaan Negeri.
Kaji selidik itu di buat sama ada melalui panggilan telefon ataupun secara bersemuka. Ia biasanya tidak melibatkan ramai orang tetapi sekadar peratusan kecil. Oleh itu, kaji selidik sedemikian tidak boleh dijadikan kayu pengukur mengenai sokongan rakyat sama ada kepada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.
Saya sendiri menerima beberapa 'pertanyaan' oleh mereka yang menjalankan kaji selidik itu, ada yang melalui telefon talian tetap ataupun selular dan ada juga melalui khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Ada soalan yang dibuat secara terus terang, iaitu pada pilihan raya akan datang ini, nak sokong BN atau PR, dan ada yang dibuat secara halus iaitu sama ada saya puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor (PR).
Kepada kedua-dua soalan sedemikian, saya tidak memberi jawapan sebenarnya kerana parti mana yang nak disokong adalah hak dan satu rahsia, orang lain tidak boleh ambil tahu. Jadi, jawapan yang saya berikan tiada kaitan dengan soalan.
Dalam hubungan ini, saya tabek jentera pilihan raya BN Selangor yang begitu cergas 'mengambil berat' mengenai masalah rakyat. Saya dan rakyat Selangor yang berdaftar sebagai pengundi menerima SMS memberitahu di mana tempat untuk mengundi. Selain itu, mereka mengirim SMS mengucapkan selamat hari lahir, selamat berpuasa dan selamat menyambut aidil fitri. Jentera BN Selangor amat perihatin sejak kalah pada pilihan raya 2008 yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa