Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 9, 2012

Selebriti Yang Prihatin Dengan Konservasi

Selasa Oktober 9, 2012
Sarimah Rayu Jangan Bunuh Jerung, Penyu
Sarimah bergambar selepas aktiviti menyelam skuba di Pulau Mabul, Sabah.
PETALING JAYA: Pengacara Sarimah Ibrahim menyeru masyarakat agar menghentikan kegiatan membunuh ikan jerung serta menangkap penyu untuk memastikan hidupan laut itu terus terpelihara.
Sarimah berkata, haiwan-haiwan tersebut semakin pupus disebabkan aktiviti tidak bermoral manusia sementara keadaan laut juga pada ketika ini menjadi semakin tercemar.
“Saya perhatikan kehidupan laut di pulau Mabul semakin berkurangan, terutama ikan jerung dan penyu.
“Keadaan ini amat membimbangkan. Saya nampak sampah-sarap semakin banyak. Laut semakin tercemar, tetapi tak ramai yang tahu betapa teruknya keadaan di sini," katanya kepada portal redcarpet.net.mysekembalinya daripada menjalani aktiviti menyelam skuba di Pualau Mabul, Sabah minggu lalu.
Penyampai radio Red FM itu menyertai misi penyelamat hidupan laut yang disokong oleh pusat menyelam Scuba Junkie.
Sarimah berkata, demi menyelamatkan nyawa ikan jerung yang terancam, dia sanggup mengharungi cabaran menyertai aktiviti berkenaan selain mahu menyelami masalah kehidupan laut yang terdapat di pulau tersebut.
Katanya, selain aktiviti menyelam dia juga turut menyaksikan beratus-ratus ekor anak penyu menetas di pusat penetasan penyu yang diwujudkannya pada tahun lalu bersama-sama Scuba Junkie.
“Pusat ini berjaya menetaskan sejumlah anak penyu yang banyak tapi saya tak pasti daripada jumlah itu, berapa ekor sebenarnya yang hidup,” jelasnya.
Sebagai personaliti yang dikenali, Sarimah turut mengambil bahagian bersama kanak-kanak sekolah yang kurang bernasib baik di pulau itu dalam menerapkan perasaan sayang terhadap alam sekitar serta penjagaan laut kepada mereka.
Antara aktiviti lain yang turut dijalankan seperti membersihkan pantai, ceramah serta klinik renang secara percuma. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa