Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 4, 2012

Sikatak Ni tak Sedar Diri Rupanya

Kalau saya, bila bangun keluar atau tidak tumpu perhatian, maknanya kita menyampah atau benci. 
Benci dengan ucapan bongok dari 'Lalang' yang tidak memberi makna apa-apa. 

Apa yang saya katakan ini adalah apa yang saya lakukan/sikap saya di dalam mana-mana mesyuarat yang saya hadiri. 

Jadi sepatutnya siRaja Katak ini faham kenapa perkara ini berlaku. 
Rupanya dia ni jenis MP bongok dan tidak tahu menilai sikap seseorang... 
Atau memang dia ni jenis 'muka tembok'

Ibrahim Ali Sound Anwar Ibrahim.


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 

Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.

Baca komen sepenuhnya di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa