Rela menipu untuk mengampu
Muhyiddin dapat maklumat tidak betul?
BN Perlis memberitahu Timbalan Perdana Menteri bahawa 70 peratus pengundi kaum Cina menyokong BN.
PETALING JAYA: Bekas seorang pemimpin utama BN Perlis mendakwa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat maklumat yang betul mengenai pengundi Cina di Perlis.
Setiausaha BN negeri, Mat Rawi Kassim memberi taklimat kepada Muhyiddin mengenai perkembangan semasa jentera pilihan raya BN di Kangar semalam.
Taklimat tersebut difahamkan mengenai calon, kerusi serta sokongan pengundi Cina kepada BN negeri.
Taklimat tersebut difahamkan mengenai calon, kerusi serta sokongan pengundi Cina kepada BN negeri.
Taklimat tersebut berlangsung selama sejam yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama BN Perlis termasuk Mentrei Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
Dalam taklimatnya, Mat Rawi memberitahu Muhyiddin bahawa 70 peratus pengundi kaum Cina di Perlis akan menyokong calon BN dalam pilihan raya umum ke 13.
Dalam taklimatnya, Mat Rawi memberitahu Muhyiddin bahawa 70 peratus pengundi kaum Cina di Perlis akan menyokong calon BN dalam pilihan raya umum ke 13.
“Sedangkan saya diberitahu oleh bekas pemimpin utama MCA negeri bahawa kenyataan itu 360 darjah terbalik. Tahap sokongan pengundi Cina kepada MCA tidak memuaskan,” kata bekas pemimpin BN tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu namanya disiarkan.
Pemimpin Umno itu juga mendakwa, seorang ketua Umno bahagian tidak dijemput secara rasmi menghadiri taklimat itu.
Ketua berkenaan yang merupakan penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya mengetahui program itu melalui pengumuman radio.
Bagaimanapun, ketua Umno bahagian itu menghadiri program taklimat tersebut.
kenapa muka2 pemimpin UMNO ni semua menakutkan. Airmuka keruh, lihat saja Mahyuddin sungguh mengerikan. Camna nanti nak jadi PM, malu saya dpt PM hodoh muka dan hodoh kelaku. Muka hodoh xmengapa tapi kelaku baik.
ReplyDeleteAnon 5:36 AM
ReplyDeleteCahaya di muka datangnya dari nur ibadah, dari Iman, dari taqwa.
Orang tua saya kata ianya datang dari cahaya dari wudhu' dan zikrillah!
Almarhum Guru saya, air mukanya jernih berair, berkilat macam cermin.
Amalan hariannya adalah Solat, Zikir dan Puasa