Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 19, 2013

Muhyiddin Cuba Menutup Jerangkap Samar Yang Dipasang

Berkata ujurkah Muhyiddin ini?
Apa yang ko cakap pun rakyat percaya RoS telah diperalatkan

Mentang-mentang dia rapat dengan Mahathir 
Dia dah cuba meniru lidah belit Mahathir!
DAP Jangan Main Isu Roket Raih Simpati
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan DAP supaya tidak memanipulasikan isu penggunaan lambang roket kerana ia sudah pun dibenar untuk digunakan bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalamkempen-kempennya adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalahitu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ini sudah diputuskan (penggunaan lambang roket oleh DAP), jadi kita harap pemimpin DAPtidak memutarbelikan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.
"Ada juga tanggapan ini perbuatan Umno, ini hak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Satu ketikaUmno diharamkan dan bukan dihapuskan pada 1988.
"Waktu itu saya di Johor, terkejut sayaUmno diharamkan tapi kita terpaksa hidupkan semula.
"Dalam kes ini bukan (DAP) diharamkan, itu maklumat yang diterima daripada ROS. Kita tidak campur tangan dalam soal DAP," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap, di sini Jumaat.
SPR semalam mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam PRU-13 dan ia dibenarkan walaupun siasatan ROS berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa
Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh ROS dan masalah DAP sebelum ini ialah berkaitan pemilihan CEC yang dikatakan tidak sah.
Mengenai nasihat SPR supaya calon yang akan menyerahkan borang penyertaan pada hari penamaan calon pada Sabtu agar tidak datang beramai-ramai, Muhyiddin menasihatkan para penyokong menjaga tingkah laku masing-masing.
Katanya yang dicalonkan di kerusi Parlimen Pagoh, BN boleh memberi jaminan para penyokong yang mengiring calon masing-masing tidak akan melakukan sebarang kelakuan yang boleh menimbulkan ketegangan atau panas.
"Kita dalam parti ni tahulah kerana bersemangat, hendak menunjukkan menyokong kepada parti, tidak boleh duduk diam kat rumah, hendak keluar rumah juga untuk lihat apa yang berlaku. Apa yang penting suasana perlu sentiasa aman.
"Saya fikir BN boleh berikan jaminan (tidak berlaku apa-apa), jika ada pun, jumlah yangmenghantar tidak ramai sehingga boleh jejaskan keamanan juga timbulkan keadaan huru hara.
Kita sedar dalam keadaan PRU yang panas, keadaan itu membimbangkan tetapi kita boleh bagi jaminan keadaan ini tidak berlaku," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa