Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 20, 2013

Guna Logo PAS Dan PKR: Walau Pun Tidak Ada Masalah Tetapi Masa Dua Minggu Menghimpit DAP

Kesian....dalam masa dua minggu untuk berkempen dan di masa yang sama juga perlu penerangan untuk mengelakkan kekeliruan penggunaan Logo kepada Pengundi

Kita sama-sama tengoklah nanti apa akan jadi
Sebab semuanya di dalam perancangan dan pengentahuan Allahu Ta'ala
Dari lahiriah sahaja kita nampak dari ianya perbuatan munusia/makhluk....
"Tidak akan bergerak walau sebesar zahrah sekali pun tanpa izin Aku!"

SPR: Calon DAP boleh guna logo PAS, PKR jika ada surat kebenaran
AMIN ISKANDAR
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 19, 2013

Wan Ahmad berkata calon-calon DAP perlu menyerahkan surat kebenaran pemimpin PAS dan PKR
yang nembenarkan calon2 DAP menggunakan logo parti-parti tersebut esok
 – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 19 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai masalah jika DAP membuat keputusan untuk menggunakan logo PAS dan PKR dalam Pilihan Raya 2013 dengan syarat mereka mempunyai surat kebenaran untuk berbuat demikian, kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Timbalan pengerusi SPR itu mengulas keputusan DAP untuk menggunakan logo kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menggeluarkan surat untuk menarik semula surat mereka semalam untuk tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lalu seperti yang diminta oleh DAP.
“Jika itu keputusan mereka, maka calon-calon DAP perlu menyerahkan surat kebenaran pemimpin PAS dan PKR yang nembenarkan calon2 DAP menggunakan logo parti-parti tersebut esok,” kata Wan Ahmad dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
“SPR dah kata bahawa DAP boleh bertanding dan boleh guna logo partinya. Kalau DAP putuskan utk mengguna logo parti lain itu keputusan DAP,” tambah beliau lagi.
Menurut Wan Ahmad lagi, keputusan tersebut merupakan hak dan pilihan DAP, jadi SPR tidak mempunyai masalah dengan keputusan itu.
“Yang penting ialah setiap calon yang bertanding perlu ada lambang atau logo yg boleh dicetak dalam kertas undi,” katanya.
Hari ini Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengesahkan parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah selepas RoS gagal untuk menarik semula surat mereka yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan parti.
Pua membangkitkan, calon tidak boleh mengambil risiko menghantar surat watikah calon –membenarkan mereka untuk bertanding di bawah logo Roket yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti yang tidak diiktiraf oleh RoS.
“Jika CEC kami tidak diiktiraf, bagaimana mahu keluarkan surat kebenaran kepada calon kita?” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti tersebut.

Beliau menambah RoS langsung tidak menghubungi DAP hari ini.
Pua mengatakan 53 calon parlimen dan 103 calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) DAP diseluruh negara yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013, dengan Hari Penamaan Calon bermula esok, menggunakan simbol PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa