Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 19, 2013

Tektik Kotor Lawan Yang Kehilngan 'Kote' Melalui RoS: Kit Siang Menagis...

Terang dan jelas RoS bertindak untuk siapa
Rupanya bukan berkhidmat untuk rakyat
Tapi menjadi abdi politik yang rakus dan terlalu amat gentar kehilangan kuasa

Bertindaklah wahai Rakyat Malaysia, 15 hari lagi di Peti Undi!

Sambil menangis, Kit Siang akui tindakan RoS jejaskan peluang DAP di Gelang Patah
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 19, 2013
JOHOR BARU, 19 April — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menghalang DAP menggunakan logo mereka  untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah.
“Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.
“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”
Beliau yang dilihat menangis ketika sidang media berkenaan turut mengakui pengundi sudah pasti akan terkeliru dengan logo yang akan digunakannya dalam pilihan raya kali ini.
“Kalau hingga pukul tiga petang ini RoS tak keluar surat tarik balik kita akan gunakan logo parti komponen,” kata Lim merujuk kepada PAS dan PKR.
Lim menjelaskan, sehingga tempoh itu, sekiranya RoS masih membisu, DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.
“Bagi Semenanjung, DAP akan pakai PAS, dan Sabah Sarawak pakai PKR, jika RoS tak benarkan DAP guna lambang parti.
“Ia menjadi penentu sama ada cubaan ‘menghancurkan’ (DAP) kerana orang tak faham atau mungkin PR akan ke Putrajaya kerana rakyat rasa marah dengan perkara ini,” tegas Lim yang merupakan calon DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Lim juga yakin tindakan yang dikenakan oleh RoS itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu termasuk MCA, namun enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut.
“Parti komponen dengan serta merta tampil ke hadapan untuk beri segala bantuan yang kita perlu.
“Tetapi, calon kami tetap DAP ... hanya lambang parti sahaja yang berbeza,” tambahnya.

2 comments:

  1. Semoga Allah membuka hati wakil wakil DAP in I menerima Dan memelok Islam, kerana hanya Allah: jua yang berkuasa mengubah sesuatu kaum menerima Islam daripada kaum Yang tidak math kan Islam..

    ReplyDelete
  2. dunia punya lakonan jas laik det jangan banyak heran apa saja akan dilakukan asalkan dapat yang dicita walau pun nampak dzolim itulah yang dihidangkan.jangan sesekali bersekongkol dengan puak dzolim.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa