Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 20, 2013

Tindakan Dan Surat Yang Melonjakkan Sokongan Kepada DAP

RoS hantar Surat Kebenaran tengah malam - serahan tangan kepada LGE
Kerana air mata LKS, kita tengok nanti respond dari Pengundi keturunan Cina dan sokongan kepada DAP

Adakah Ghani Othman akan sakit? 

RoS membenarkan Calon-Calon DAP menggunakan lambang roket dan mengiktiraf Pegawai-Pegawai Yang Dilantik sebelum Pemilihan Dec. 2012

Sedar akan implikasi bakal diterima oleh UMNO/BN maka surat dari Ketua Pengarah ROS telah dihantar secara tangan kepada YAB Sdr Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP malam tadi memberi izin dan kebenaran DAP menggunakan lambang roket untuk PRU 13 ini.

SPR dikatakan telah mengarahkan semua Pegawai Pengurus Piliharaya supaya menerima permohonan calon-calon DAP menggunakan lambang roket untuk bertanding.

Inilah dinamakan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kerja jahat sebegini tidak mudah dilupakan oleh rakyat.. Titisan air mata Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan sentiasa segar bugar dalam kepala para pengundi terutamanya dari kaum Tionghua...Kemarahan dan kebencian cara DAP dilayan akan diterjemahkan dalam bentuk undi.. PERCAYALAH!!!!!



No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa