Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 21, 2013

Bila Kaum Cina Berkata "undi untuk DAP adalah undi untuk PAS"

Tembok pemisahan kaum dan agama telah runtuh di Malaysia
PR yang runtuhkan..... 
1Malaysia rupanya tidak meyakinkan rakyat!
Kempen DAP Johor bermula dengan sorakan Cina untuk PAS
OLEH LESLIE LAU
PENGARANG EKSEKUTIF
APRIL 21, 2013
JOHOR BARU, 21 April — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.
Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.
Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.
“Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.
“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.
Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.
“Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.”
PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.
Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.
Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.
“Kita membuat sejarah malam ini,” katanya.
“Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.
“Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.”
Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.
Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.
Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.
Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.
Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.
Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.
Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti

7 comments:

  1. Bodohnya melayu!! Undilah calon islam

    ReplyDelete
  2. So, kat tempat lain kalo ada calon Islam PR lawan calon Bukan Islam (BN), kita undi calon Islam lah ye...

    ReplyDelete
  3. Anon12:16....... Yang bodoh Melayu macam hang dan yang sewaktu dengan hang. Lembu lebih baik dari Melayu bodoh jenis hang ni. Ada faham?

    ReplyDelete
  4. lagi bangang Melayu yg undi calon Islam, tp Islam perasuah mcm pimpinan UMNO.

    ReplyDelete
  5. bangganya dia pegang roket.perasaan tu jd cina. Klu menang kami DAP mahu kerusi MB ke, PM ke sebab TPM sudah pasti dapat.klu tdk dapat bagilah kami tanah 100000 ekar,pelaburan 10000 billion.masuk U kena tengo result dan cari kerja juga kena tengo result baru adil dan sama rata.

    ReplyDelete
  6. Percayalah bahwa..5hb mei ini negara kita akan jdi malaysia baru. Rakyat akan hidup harmoni d bawah kerajaan pakatan rakyat. Insya allah..

    ReplyDelete
  7. nie spesis Melayu Bangsat...bangga jadik barua DAP..khak tuihhhh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa