Tak kiralah berjenama Islam ker apa
Semuanya serupa bila disebut 'politik'
Tamak dan merasa diri popular serta lebih baik konon!
Perjuangan ikhlas kepala apak dia.... (maaf geram sikit)
Saya adalah penyokong dan pengundi yang tidak berpihak....
Di sebalik pencalonan Che'gu Bard..
Ahad, 21 April 2013 00:02
Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh
Assalamualaikum WBT,
Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, che'GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.
Ternyata che'GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.
Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008... Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!
Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che'GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak... Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.
Ketika che'GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che'GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che'GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che'GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che'GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya...
Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che'GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.
InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che'GuBard yang menjadi calon pilihan. che'GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che'GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.
Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013...
Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger
ini cerita sebelah pihak saja.. .betul ke sperti diceritakan???
ReplyDeletekalau nak cerita mungkin sehari tak habis... kata tak berpihak ni macam condong ke sebelah je..???
Anon 12:53 AM
ReplyDeleteTerasa ker?
Dari awal saya ketuk...dalam N3 sebelum nih. Tapi pengomen kata itu sabotaj dari parti lawan!
Kalau dah majlis presiden putuskan siapa yang patut tanding di situ, kenapa ada pulak yang langgar?
Wala' ker tu?
Tapi yang herannya sape pulak yang tandatangan watikah tu?
??????? APA SUDAH JADI????????? PALING AKU BENCI ADALAH....KHIANAT.......
ReplyDeletePAS sepatutnya akur..dibeberapa negeri majoritinya PAS yang bertanding (ADUN).....muhasabah diri la....kerjasama yg penting....jgn tamak...
ReplyDeletegeng yuji masih mempunyai tuan.itu faktanya. tebas kepala, yang lain pasti ikut melingkup.munafeeq perkataan yang tepat? khalas.
ReplyDeleteyg pkr bertanding gak kat labuan tu plak pehal? wala kat sape yek
ReplyDelete****************************
Kronologi Sejarah Sg Acheh :-
PRU09 (1995) - DAP
PRU10 (1999) - PAS
PRU11 (2004) - PAS
PRU12 (2008) - PKR - dengan persetujuan/janji menukar suka sama suka dun sg bakap berdasarkan surat pada 5 November 2007, yg akhirnya PAS dikhianati. Hal yang sama berlaku kepada Dun Pinang Tunggal dan Teluk Bahang, yg PAS juga dikhianati.
PRU13 (2013) - PAS - menuntut kembali kerusi Sg Acheh, memandangkan sg Bakap sudah dimenangi oleh PKR.
Pesuruhjaya PAS P.Pinang mengumumkan terlebih dahulu kerusi Sg Acheh milik PAS setelah mendapat keputusan drpd perundingan di peringkat pakatan Pusat pada 10 Mac 2013 (laporan 11 Mac 2013), sebelum PKR mengumumkan terus calon pada 16 April 2013, sedangkan Pesuruhjaya PAS P.Pinang pada 11 April 2013 mengumumkan akan mengumumkan Calon PAS Negeri pada 17 April 2013.
Ayuh Jadikan Sungai Acheh Suara PAS di DUN P.Pinang !!
Anon 2:03 AM
ReplyDeleteYang Majlis Presiden tu bincang apa? Persetujuan apa?
Atau bincang nak berniaga pisang lepas kalah nanti?
Chegu Bard org baik tapi Us Yusni Mat Piah juga org baik. Mendengar sebelah pihak akan membuatkan kita bias dan memandang rendah pihak lain. Berat mata menadang, berat lagi bahu memikul. Orang luar tak akan merasa apa yg dirasakan oleh pihak yang terlibat. Perit, sedih, terbungkam, marah, benci, meluat, geram dan sakit hati. Itulah yg kami rasakan juga. Maaf cakap jika sy mengatakan bahawa PKR semakin sombong dan tamak. Di mana PAS kuat di situlah PKR mahu bertanding.Sedangkan kekuatan diukur hanya melalui kehadiran dlm ceramah2 shj. Jentera? Keahlian? Markas/ Bilik Gerakan? sokongan grass root? ada PKR peduli? Ada ke tahaluf siasi dlm PKR? Wala'? Kbanyakkan hanya melihat kekuasaan utk memerintah. Apa habuan yg akan dpt jika berkuasa. Apa ghanimah yang boleh diagih2kan. Apa jwtan dlm GLC, Kedudukan dan Kerajaan. Perangai umno masih menebal. Rakyat sdg melihat. Ramai pemimin PKR tlh khianat kepada kerjasama yg PAS beri. Berapa ramai yg lompat parti? Bukahkan 'balaci2' PAS yang bertungkus lumus dulu memenangkan PKR. Sudahlah wang tak diberi utk menggerakkan jentera tetapi khianat kpd PAS. Habis kredebiliti PKR. Rakyat sukar utk mempercayai lagi PKR. Cina yg ditemui rata2 juga lbh selesa dgn PAS. PKR tidak mengukur baju di badan sendiri. DAP juga semakin tidak selesa dgn PKR. Parti yg paling byk masalah dlm PR adalah PKR. Pimpinan memahami mslh ini. Tetapi berunding dgn PKR sgt susah dan jarang menemukan hasil yg baik. Pernah dlm prbincangan Ketua Pemuda dlm sebuah tempat yg menjadi pertikaian menyatakan jentera tidak penting. Sombong benar..habis siapa yg bertungkus lumus memasang poster, banner dan bendera. Cukupkah hanya melempar 10, 20 keping bendera di Pos2 PAS dan mengarahkan dgn sombong utk dipasang. Terlalu byk cerita dan perkara yg boleh diperkatakan..tetapi krn menjaga adab berjamaah org PAS mendiamkan diri. Pertembungan yg berlaku adalah natijah drp perkara2 yang disebutkan tadi. Boleh sahaja sy menyenaraikan sehingga 100 perkara kenapa rakyat perlu menolak PKR..tetapi cukuplah sekadar ini utk renungan semua. Akhirnya suka sy menyatakan bhw PKR umpama seorang yang mati pucuk tetapi teringin utk menikah 4. Maasalamah.
ReplyDeleteyahoo........umno confirm menang di sungai acheh.!!!!!!
ReplyDeleteAnon 2:26 AM
ReplyDeletePada saya tentunya ke dua-duanya baik, itu sebab dipilih.
Siapa kuat, siapa lemah tidak timbul bila ada persetujuan bersama. Pokoknya kalau benar Majlis Presiden dan bincang serta dah ada persetujuan, kenapa terjadi juga begini?
Itulah persoalannya sedangkan setiap watikah perlu ditangani.
Benar ini adalah kenyataan dari sebelah pihak tetapi kita kat luar sini sedang menuggu juga kentayaan di pihak yang satu lagi.
Sepatutnya bila kita dah ada persetujuan dan bersahabat sikap keakuan disisih ke tepi atau dibuang terus demi perjuangan yang satu. Dendam yang lepas juga sepatutnya di campak ke laut Pulau Pinang.
Anon 2:50 AM
ReplyDeleteSekiranya keadaan ini berterusan sehingga ke hari mengundi, pandangan anda kemungkinan besar adalah benar!
untuk menjernihkan keadaan perlu sahaja semua pihak berlapang dada.Mana mungkin semua mahu dibuang ke laut. Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yg tahu. PKR kena byk muhasabah diri. Azmin Ali insan yg dikenal pasti terlalu keras dlm hal pembahagian kerusi. Satu analogi yg boleh difikirkan bersama ialah.." Sebuah keluarga yg terdiri dr bapa dan anak2 bersusah payah memugar, menebang, mencerahkan hutan belantara agar senang suatu hari nanti. Setelah berjaya maka ditanamnyalah segala pohon2 buah2n agar dpt dinikmati oleh anak cucu terkemudian. NAMUN selepas itu setelah pohon2 berbuah tiba2 si ayah serahkan kebun tersebut kpd org lain yang datang hanya setelah kebun mengeluarkan hasil dgn alasan kena bekerjasama dan menasihatkan anak supaya redha dan patuh serta taat kepada arahannya. Apakah perasaan si anak? Namun setelah diserahkan kebun tersebut dgn linangan air mata tiba2 kebun tersebut dijual kepada pihak lain. Apakah perasaan si anak? Bayangkan hal keadaan ini berlaku pada kita. Salahkah jika sekali sekala PAS bersuara?? Ahli PAS masih waras dan masih menjaga adab2 dlm berjamaah hasil bimbingan dan nasihat para alim ulamaknya..PKR adakah yg menasihatinya?? Majlis Presiden kekdg terlepas pandang apa yang berlaku di bawah ini. Betapa sedihnya ahli2 dibawah mengharungi saat2 yang memilukan. Ada pimpinan PKR yg mengatakan dlm konvensyen mereka bahawa utk panggil orang datang mendengar ceramah dan meramaikan majlis ceramah serah kepada PAS..tetapi untuk memerintah, menjaga negeri serah kepada PKR. Sedih benar rasanya dihina dan dicaci sedemikian rupa..namun PAS masih akur dan taat yg separuh masak kpd pimpinan. Wala' istilah yg sering dilontarkan pimpinan kpd ahli2 PAS. Pernahkan pimpinan PKR menyatakan wala' kpd arahan parti??? Adakah hujah yg sama digunakan kpd ahli2 partinya? Tidak mengapalah biarlah aku sy simpan selebihnya...terlalu byk jika nak ditulis..masing2 kemukakan hujah helah bela diri. tapi jgn lupa ye...dibawah sana sedang memerhati..Diharapkan PKR tidak meramaikan lagi musuh-musuhnya...PAS dan DAP sdg memerhati dlm jarak yg terlalu dekat..tahalaf siasi PAs selagi tidak merugikan Islam.
ReplyDeleteKhalasss....lain kali je la.
ReplyDeleteKenapa dlm semua Hal kita bertelagah sesama sendiri tiada kesepakatan dlm Hal ini semua pihak PAS dan PKR mesti mengadakan mufakat secara tertutup dan selesaikan masalah ini dgn sebaik mungkin, tak perlu kita pamirkan secara umum segala kekurangan atau kelemahan parti ini pemimpin itu dan lainnya, semua pihak dlm PR hanya fokas pada matlamat asal iaitu menumbang UMNO/BN.
ReplyDeleteAlasannya mudah je! Kalu Dun pun dah kelam kabut, mcm mana agaknya nak perintah di putrajaya??? Lain kali je la!!! Itu modal tahap peluru berpandu yg akan digunakan oleh musuh2 pr yg tak mustahil jd racun mujarab kpd golongan atas pagar & bahan ketawa musuh pr. Ini dah menunjukkan pas & pkr mementingkan diri sendiri sbb berebut nak jadi calon bkn berebut nak membela rakyat. Sepatutnya kalu tak puas hati sesama komponen pr, bincang & suarakanlah mengikut saluran yg betul. Bkn dgn cara menampilkan calon masing2. Sia2 matlamat perjuangan pr kalu mcm ni. Yg nak mengundi beri majoriti adalah rakyat. Jd kena la lbh utamakan rakyat.Nak harap ahli parti bape kerat je blh dpt undi. Jd kpd pas & pkr, pikir & selesaikanlah sebaik mgkn. Jgn lwn sesama sendiri nnt buruk padahnya. Yg kamu harus lawan ialah umno-bn. Kpd pkr, buang2la sifat & ideologi ubn yg masih wujud dlm diri segelintir kamu & kpd segelintir pas, lupakan je la ug sbb ug tak membawa kebaikan kpd kamu & rakyat sebagaimana yg ditentang oleh tgna....
ReplyDeleteakhirnyer termakan jugak umpan UG dan berjaya strategi UMNO/BN dgn menggunakan ROS supaya nama Pakatan Rakyat tidak diluluskan......walaumcmanapun bende nie akan berlaku jugak...sbb tak semua rakyat malaysia nie berotak bijak...(byk yg serupa katak bawah tempurung dan spt otak lembu kak ijat.....)...yg penting sekarang kita kene pastikan bende nie tak merebak dan dpt diselesaikan secepat mungkin serta diharap tidak merosakkan tujuan utama PRU 13 nie......INI KALILAH......JOM TUKAR...
ReplyDeleteWooiitt..belum perintah pun dah tak bole tolak ansur ke?..mcm mana nak ambik putrajaya ni oiii?..kah3.
ReplyDeletehttp://ustazyusni.wordpress.com/2013/04/20/kronologi-dan-sejarah-isu-n21-sungai-acheh/
ReplyDeleteChegubard tolong beri laluan..kamu akan lebih d hormati jika kamu undur diri. Moga allah limpahkan keberkatan keatas kamu.
ReplyDelete