Perlembagaan rasanya tidak tegah
Anwar ditawar jawatan TPM?
Tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga.
SEREMBAN: Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.
“Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan ‘direct’ diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga,” kata beliau dalam satu kenyataan khas kepada FMT.
Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.
“AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat,” tegasnya..
Walaubagaimanapun, tambah beliau, AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan secara terbuka.
“Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, isu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan,” katanya.
Beliau berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan sulit.
Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat.
nanti mamak pandi kutty kerala mari akan cemburu daa ! ABU jangan lupa !
ReplyDeleteAmuraria
ReplyDeletekomen tu beradab sikit. kalau tak tahu makna pandi kutty jgn cuba utk sebut. ingat sama dosa menghina org.biadap kamu tu kerana tak dididik dgn baik oleh mak bapak kamu.
sebelum nak menghina Tun M cuba cermin diri kamu dulu tu....apakah sumbangan kamu pada kariah kamu? tak perlu le nak tanya sumbangan pd negara.pernah ke kamu bersyukur kerana keamanan dan kemakmoran ditanahair kita ni?
kamu perlu belajar utk komen lebih beradab.biar aku bgtau pd kamu ada dia pandi kutty tu....maknanya anak babi tau. mungkin kamu dr species babi kot.