Ali Rustam desak kerajaan tutup kasino Genting Highland
OLEH DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 04, 2013
Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini mendakwa kasino Genting Higlands harus ditutup dengan segera kerana menyebabkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.
Katanya kerajaan tidak perlu bergantung kepada kasino tersebut semata-mata kerana masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain.
"Kita terima banyak aduan berhubung isu tersebut, malah sebenarnya Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya," katanya dipetik dari laporan Nanyang Siang Pau.
"Mendakwa wujudnya banyak masalah sosial dan jenayah merupakan satu pembohongan , beliau cuba memperbodohkan orang ramai," kata Chai.Gesaan itu segera dibidas Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen berkata kenyataan Mohd Ali itu sebagai satu permainan politik memandangkan bekas ketua Menteri Melaka itu baru saja mengumumkan akan bertanding sebagai Naib Presiden Umno.
Berikutan itu beliau menyarankan Mohd Ali lebih berhati-hati dalan mengeluarkan sebarang kenyataan agar ia tidak mencetuskan kontroversi.
"Ia terlalu mudah untuk menyalahkan semata-mata kasino pencetus masalah sosial. Ini merupakan masalah yang membabitkan semua peringkat masyarakat, dan kerana itu kita perlu berkerjasama untuk mencari punca menangani masalah sosial, bukan dengan hanya menunding jari pada satu pihak saja," katanya lagi.
Chai berkara sekiranya kerajaan bertindak menutup kasino ia tidak bermakna masalah akan diselesaikan, memandangkan sekiranya jalan penyelesaian begitu mudah maka semua kasino dalam dunia juga telah lama ditutup.
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno bagi pemilihan parti akan datang.
Katanya, ia untuk memberi pilihan kepada ahli dan sejajar dengan transformasi demokrasi dalam parti. – 4 September, 2013
Memamg kita hairan saorang ahli umno dan bekas ketua menteri berani mengeluarkan kenyataan yang begitu sensitive kepada perniagaan lim goh tong sejak sekian lama. Memang beliau bijak tujuannya ialah menunggu reaksi parti2 di dalam komponen PR terutama PAS.
ReplyDelete...hahaha baca betul2.." tidak memberi apa2 sumbangan kepada ekonomi Melaka.."...
ReplyDeletePiraahhh lah lu ALI!! Semua statement tu adalah hipokrit!!
ReplyDeleteAKHIRNYA ALI KETAM BOLEH BERFIKIR DENGAN OTAK KEPALA DIA SENDIRI,SELAMA INI DIA BERFIKIR GUNAKAN OTAK BOS DIA
ReplyDeleteMatlamat: menang pemilihan PAU. Cara: kena timbulkan isu kontroversi yang boleh tahan lama di berita dan hangat didebatkan.. Biasalah orang lama guna tactic lama. Orang baru tak tertipu..
ReplyDelete