Dari Pegawai Tentera menjadi Ketua Gengster!
Bekas anggota TUDM sah ketua Geng 36
Polis hari ini mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah, Silibin di Ipoh, pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata hasil siasatan mendapati S Jambukeshan, 39, ditembak mati akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36, 04 dan 08.
"Pergaduhan dipercayai berpunca kerana berebutkan kawasan pengedaran dadah," katanya.
Katanya, polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dengan penggantinya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat melebihi dua orang.
Mohd Dzuraidi berkata, setakat ini polis mengambil keterangan dua saksi yang berada di tempat kejadian.
Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, bekas anggota TUDM itu mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Jalan Permaisuri Mazwin, Taman Rishah. - Bernama, 2 September, 2013
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa