Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 5, 2013

Akan Datang Tak Payahlah Buat Petisyen!

Menghabiskan duit
Membuang masa saja!

Itulah sebabnya mulut SPR cakap macam 'Yang maha kuasa'
Rupanya mereka dah tahu apa yang akan berlaku!

Kerusi Sarikei: Mahkamah tolak petisyen BN
4:19PM Sep 5 2013
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kerusi parlimen Sarikei yang dimenangi DAP.   
    
Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa petisyen yang difailkan Ding Kuong Hing daripada BN tidak mematuhi beberapa syarat di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
    
Ding, yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), kalah dengan 505 undi kepada Wong Ling Biu daripada DAP pada pilihan raya umum itu.

Beliau memfailkan petisyen berkenaan pada 11 Jun. - Bernama

Mahkamah p'raya kekal DUN Galas milik PAS
Bernama 1:47PM Sep 5 2013
Mahkamah Pilihan Raya di Kota Bharu, hari ini menolak dengan kos petisyen yang difailkan BN untuk membatalkan keputusan kerusi DUN Gaal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dimenangi oleh calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat.


Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan oleh calon BN untuk kerusi itu, Redzuan Stapha mempunyai beberapa kecacatan termasuk pelantikan peguam dan juga penyerahan notis petisyen tidak mengikut Kaedah 9 dan 15 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. 

Zamani turut memerintahkan Redzuan membayar kos sebanyak RM80,000 iaitu  RM30,000 kepada responden pertama, Tuan Mazlan, dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga, yang terdiri daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gaal dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada PRU13, Tuan Mazlan mengalahkan Redzuan dengan majoriti 302 undi.

BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor, manakala responden kedua dan ketiga oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.

PAS pula diwakili peguam Hisham Fauzi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa