Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 5, 2013

Setelah Tanda Putera Gagal, Kini Tayangan Wayang Cina Pula!

Ketua pemuda Perkasa diberi amaran keras kerana gesa Najib letak jawatan
SEPTEMBER 05, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 05, 2013 06:10 PM

OLEH MD IZWAN
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) memberi amaran keras kepada Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi ekoran kenyataan kontroversinya menggesa Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh kepimpinan kumpulan pendesak Melayu itu.

"Susulan kontroversi melibatkan Irwan, Perkasa telah memberikan amaran keras kepada beliau,” kata Ibrahim dalam sidang media hari ini di Kelab Sultan Sulaiman.

"Setiap ahli dan kepimpinan Perkasa yang mahu mengeluarkan sebarang kenyataan perlu melalui perbincangan dengan Ahli Dewan Tertinggi terlebih dahulu," katanya.Menurut Ibrahim, teguran tersebut bukan hanya khusus untuk Irwan seorang sahaja akan tetapi terpakai kepada mana-mana ahli Perkasa lain.

Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan Perkasa tetap sebuah pertubuhan bebas dan akan sentiasa kritikal terhadap mana-mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

"Kita tetap dengan sikap kritikal kita dimana pandangan-pandangan boleh diberi tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan kenyataan-kenyataan yang bertentangan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ibrahim juga menggesa supaya Najib diberikan peluang untuk menjalankan tugas selaku ketua kerajaan.

"Kita berpandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua kerajaan.

"Kita perlu berikan kerjasama dan pilihan raya baru sahaja selesai, jadi kita perlu beri kerjasama. Dalam kita memberi kerjasama, kita tetap kekal dengan pendirian akan menjadi kritikal dalam menegur kerajaan," tambahnya lagi.

Irwan membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."

Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."

Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan 1Malaysia Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan". - 5 September, 2013

1 comment:

  1. memang patut letak jawatan pun.najib fail......lebih teruk dr pak lah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa