Gadis Dari Malaysia Raih Anugerah Dalam 'World Muslimah Competition 2013'
PADA usia 21 tahun, Nurul Husna Zainal Abidin dari Kuala Kangsar menjadi wakil pertama dari Malaysia ke 'World Muslimah Competition 2013' (Pertandingan Muslimah Dunia 2013) di Jakarta.
Sebelum ini, pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Indonesia tetapi tahun ini turut melibatkan peserta dari seluruh dunia, menarik perhatian peserta muda dari Malaysia, Brunei, Bangladesh, Iran dan Nigeria.
Dengan 'tema keislaman', antara yang pertama seumpamanya, pertandingan ini memberikan perspektif yang berbeza dengan pertandingan ratu konvensional.
Untuk satu perkara, kecantikan fizikal bukanlah menjadi kriteria pemilihan.
"Ia bukan pertandingan ratu cantik kerana tumpuan diberikan terhadap kecantikan dalaman, bukan tarikan fizikal," kata Husna.
"Penekanan diberikan terhadap pembentukan peranan wanita Islam dan sebagai 'role model' di seluruh dunia. Dalam aktiviti selama sepuluh hari ini, kami bangun awal pagi untuk solat sunat Tahajud berjemaah, diikuti dengan bacaan dan hafazan al-Quran serta mendengar ceramah agama."
Katanya, ceramah dan perbincangan menekankan istimewanya kedudukan wanita dalam Islam.
"Apabila saya menyertainya, saya mendapat ilmu bukan sahaja mengenai Islam tetapi juga tentang bagaimana kehidupan wanita Islam lain di dunia. Saya menganggap peluang ini sebagai hadiah yang bernilai," kata Husna yang pertama kali mendengar tentang pertandingan ini daripada seorang rakan di Indonesia melalui Twitter.
Walaupun para peserta telah diberi pendidikan agama secara intensif, adakalanya mereka juga diperuntukkan masa untuk belajar tentang fesyen dan kecantikan.
"Kami telah diajar untuk menjadi bijak, solehah dan bergaya. Bergaya dalam konteks ini bermaksud mempersembahkan diri anda dengan cara yang baik dengan pakaian yang sesuai," katanya.
Dalam acara itu, Husna muncul sebagai salah seorang daripada 10 finalis teratas dan memenangi hadiah 'World Muslim Woman Netizen 2013', salah satu daripada enam anugerah yang diberikan semasa majlis di peringkat final.
Bagi anugerah tersebut, peserta dinilai berdasarkan populariti peserta di laman internet seperti Twitter, Facebook dan melalui 'hastag' mereka.
"Acara ini adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa sebelum ini," kata Husna yang menambah beliau banyak belajar mengenai kehidupan di Indonesia.
Di Indonesia, diskriminasi terhadap wanita bertudung adalah biasa berbanding di Malaysia, kata Husna.
Pengasas pertandingan, Eka Shanti, kehilangan kerja sebagai penyampai berita kerana keengganan beliau untuk menanggalkan tudung.
"Kami mahu mencuba menyebarkan berita dan perubahan. Kami ingin menunjukkan bahawa memakai tudung juga boleh berkuasa," kata Husna.
"Kita sering mendengar kes-kes di mana wanita ditindas dan didera. Malah di Malaysia, kenyataan 'seksi' sudah menjadi perkara biasa. Program ini diharap dapat menyebarkan mesej bahawa wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam," kata Husna.
Walaupun niat penganjur adalah murni, penglibatan Husna tetap mendapat kritikan.
Husna berkata walaupun menerima banyak komen positif dan menggalakkan daripada peminat melalui media sosial, terdapat juga mereka yang tidak bersetuju dengan pertandingan ini.
Walaupun sesetengah memuji idea menggalakkan pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat, ada juga yang mengatakan bahawa 'mempamerkan wanita' bukanlah sesuatu yang perlu digalakkan dalam agama.
Pengkritik memberi contoh bersolek dan berhias dalam pertandingan itu tidak berjalan seiring dengan idea Islam yang merendah diri dan bersederhana walaupun unsur-unsur Islam seperti bacaan Al-Quran dan doa turut dimasukkan.
Apabila ditanya bagaimana acara itu diharap dapat menilai sejauh mana ketakwaan seorang peserta, yang mana ia tidak dapat diukur, juri dari Malaysia, Jameyah Sheriff , berkata proses adjudikasi melihat bagaimana seorang wanita Muslim membawa dirinya secara ideal.
"Hakim memerhatikan sikap, personaliti, tingkah laku dan kefahaman Islam," katanya mengenai peserta yang ditanya soalan mengenai asas-asas Islam, kewangan dan IT di peringkat akhir.
Jameyah, seorang aktivis sosial untuk wanita dan kanak-kanak berkata, pertandingan akan mengajar anak-anak gadis Islam untuk menyumbang dan melibatkan diri dalam projek-projek komuniti.
"Kami mahu semua mereka membantu dalam komuniti masing-masing," katanya, sambil menambah Husna merancang untuk melibatkan diri dalam program-program kebajikan kanak-kanak yang turut dianjurkan Jameyah.
"Matlamat kami adalah untuk membina Muslimah dihormati dan pintar yang boleh menjadi pemimpin."
"Pada mulanya, saya tidak percaya tetapi apabila saya pergi ke sana, saya menyedari bahawa ia bukan tentang kecantikan fizikal. Sebaliknya, kepentingan diletakkan pada sesi soal dan jawab, personaliti peserta dan kesedaran awam.
"Apa yang paling penting adalah kebimbangan mereka dalam kemanusiaan, keamanan dan berdedikasi dengan peranan sebagai role model," katanya sambil memberitahu pertandingan dijalankan dengan nasihat Majlis Ulama Indonesia.
Ade agama baru plak ker nie.nk kata mazhab jauh sekali.hmmmm.pokok pangkalnya mesti berteraskan al quran & hadith.terjemahannya brdasarkan taqwa.bukan nafsu.teringat plak pada hadith tentang lubang biawak.agaknya itulah kita.sampai diaorg masuk kesana pon masih nak ikut.semuga semua mendapat petunjuk.islam itu mudah.bkn dipermudah
ReplyDeleteDalam Islam tak ada ratu cantik untuk kaum hawa.Jangan terikut cara barat tanding macam macam ratu, itu kn kerja setan. Siapa ibubapak dan suami yang tak tahu bertaubat, jangan terhumbang ke neraka, tak takut siksaan Allah.Barangkali terlampau banyak makan duit haram maka tak dapat hidayah Allah, jadi benda haram jadi halal. Ajak keluarga ke jalan Allah bersholat lima waktu dan jangan jadikan anakbini jadi wanita murahan kerana mereka dijadikan untuk di lindungi bukan jadi tuntonnan.
ReplyDelete