Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 9, 2013

Ko Setia Ngan UMO, Terima Jerlah Demokrasi Ala UMNO!

Calon lawan Nazri kesal pembatalan tanpa sebab

Ipoh: “Saya masih setia dengan UMNO. Cuma saya mahu penjelasan mengapa pencalonan saya dibatalkan,” kata bekas Setiausaha Majlis Perumahan Negara, Shahidan Yussof. 

Anak jati Kampung Padang Asam, Padang Rengas dekat sini, kesal kerana pencalonannya merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dibatalkan tanpa sebarang jawapan serta pengesahan Jawatankuasa Pemilihan parti. 


Terima jawapan negatif 

“Saya hanya mengetahuinya melalui media dan pencalonan saya dibatalkan tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada saya. Saya berusaha ke Pejabat UMNO negeri, tetapi jawapan yang diterima juga negatif,” katanya yang datang ke pejabat BH di sini, semalam. 

Berikutan pembatalan pencalonan Shahidan, penyandang ketua bahagian Datuk Seri Nazri Aziz dipercayai menang tanpa tanding. 

Sebelum ini, Nazri dicabar dua calon iaitu Bendahari Bahagian, Datuk Jamal Nasir Rasdi dan Shahidan, 61, yang bersara daripada perkhidmatan awam, tiga tahun lalu. 

Bagaimanapun, Jamal menarik diri daripada persaingan itu dalam tempoh bertenang 72 jam sebelum 24 September lalu, manakala Shahidan dibatalkan pencalonan kerana dikatakan gagal memenuhi keperluan ditetapkan jawatankuasa pemilihan. 


Seolah-olah bersalah 

Berikutan pembatalan itu, beliau mendakwa dirinya seolah-olah dilihat sebagai individu bersalah dan dianggap melakukan kesalahan jenayah kerana syarat pembatalan antaranya muflis serta memiliki rekod jenayah. 

“Jika tiada penjelasan dibuat, bayangkan mungkin orang boleh menuduh saya muflis, bekas penjenayah atau melanggar peraturan parti. Jika saya ada melakukan kesilapan teknikal ia juga perlu diperjelaskan supaya orang lain tidak membuat sebarang andaian buruk,” katanya. 

Beliau yang berulang kali menegaskan keputusannya bertanding tidak dipengaruhi mana-mana pihak meminta supaya permasalahan itu mendapat pembelaan sewajarnya demi ketelusan parti.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa