Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 1, 2013

Wauu.....Cowboy Tua Bawa Pistol!

Walau pun tua pun masih pantas menembak kot?
Sebab dapat target baru.....

Daripada mati ditembak, lebih baik mati bertembak, kata Bung Mokhtar
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
OCTOBER 01, 2013
Ketika hangat membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA), Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) secara terbuka mengisytiharkan beliau kini membawa pistol selepas khuatir akan keselamatan diri.
"Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa membahaskan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lantang itu menegaskan beliau terpaksa membawa senjata api untuk melindungi dirinya memandangkan peningkatan kes jenayah bunuh kebelakangan ini.
"Kita perlu melindungi rakyat bukan melindungi ketua kongsi gelap," kata Bung Mokhtar."Kita tengok kes bunuh dan rompakan semakin meningkat. Dulu saya tidak bawa pistol sebab berat tetapi sekarang saya terpaksa," ujarnya.
Jelasnya lagi, hanya dengan pindaan berkenaan, rakyat Malaysia akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih selamat dan aman. — 1 Oktober, 2013.

4 comments:

  1. pemimpin yg paling dungu dalam abad ini. pemimpin kerajaan yg tidak percaya kerajaan.

    pelik....pelik...makna Malaysia dah tak selamat

    ReplyDelete
  2. Takut mati bertembak dengan 'senjata' lain......
    Awas jangan ini berlaku.....
    Shooting range ada dua tu Bung

    ReplyDelete
  3. Anon 8.09 PM

    Pelik, memang pelik. Kalau dah orang dalam kerajaan pun tak cayakan kerajaan, bagaimana mahukan rakyat yakini kerajaan?

    ReplyDelete
  4. Anon 7:25 AM

    Jangan mati di atas perut sudahlah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa