Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

Dengan Sikapnya Itu Layakkah Abdul Hamid Duduk Di Situ?

Tengok muka dia pun dah menyampah!

Tiada unsur kepartian dalam MPKN, bekas ketua hakim negara keliru, kata ahli 
OLEH MD IZWAN
Published: 2 July 2014
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) menafikan tuduhan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed (gambar) yang mengatakan mereka dipengaruhi pembangkang.
Dalam satu kenyataan bersama, tiga ahli MPKN iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan kenyataan Abdul Hamid itu sebagai keliru kerana gagal memahami peranan MPKN.
"Kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU.
MKPN menerima kritikan dan desakan daripada kumpulan NGO pendesak Melayu susulan terlibat dalam menyediakan draf undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.
Akta tersebut adalah “Racial and Religious Hate Crime Bill”, “National Harmony and Reconciliation Bill” dan “National Harmony and Reconciliation Commission Bill”.
Kenyataan tersebut juga menjelaskan walaupun terdapat ahli politik dalam MKPN, mereka tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk bekerjasama.
"Majlis ini tidak memperkenalkan dirinya sebagai pembangkang dan tidak berhasrat untuk berbuat demikian," kata kenyataan itu lagi menafikan tuduhan Abdul Hamid.
"Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang serta berdebat dalam mesyuarat kami."
MPKN juga menyelar Abdul Hamid kerana kenyataan tidak bertanggungjawab sedemikian tidak wajar datang daripada seorang tokoh seperti beliau.
"Implikasi kenyataan alasan beliau menolak amatlah mengecewakan dan ia tidak sepatutnya datang daripada seorang bekas ketua hakim negara," kata kenyataan.
Ketiga-tiga ahli MKPN itu juga menafikan RUU tersebut akan menggugat kepentingan masyarakat Melayu yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid.
Semalam, Abdul Hamid berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu serta kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Abdul Hamid berkata, beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang. – 2 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa