Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Komen Sahabat Kepada Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Mustahil juruterbang MH17 sengaja masuk ruang udara timur Ukraine - Kapten Md Fauzi
OlehAinul Asniera AhsandiKuala Lumpur- 20 Jul 2014
 SETIAP penerbangan menuntut perancangan rapi semua pihak yang terlibat.
TRAGEDI MH17 tidak mematahkan semangat anak kapal MAS untuk meneruskan tugas masing-masing. Foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 20 Julai 2014

JURUTERBANG MH17 tidak mungkin sama sekali tersilap masuk atau sengaja memasuki ruang udara timur Ukraine semasa kapal terbang berkenaan ditembak pada hari kejadian lewat malam Khamis lalu.
Ini kerana setiap penerbangan perlu mematuhi arahan pusat kawalan udara di sepanjang destinasi laluannya.
"Mustahil juruterbang sengaja masuk ruang udara itu, tuduhan berkenaan tidak boleh diterima langsung apatah lagi kapal terbang itu dikendalikan oleh juruterbang yang berpengalaman," tegas juruterbang Kapten Md Fauzi Md Tamaji yang merupakan sahabat baik kepada Kapten Wan Amran Wan Hussin.
Kapten Md Fauzi berkata, tugas seorang juruterbang pesawat bukan sekadar menerbangkan sebuah kapal terbang, sebaliknya sebelum melakukan penerbangan mereka perlu melakukan perancangan penerbangan termasuk mengenal pasti laluan destinasi, mengetahui ramalan cuaca dan merancang laluan alternatif jika berlaku kecemasan secara tiba-tiba.
Sebagai seorang juruterbang yang berpengalaman, beliaumenambah, tidak ada mana-mana juruterbang boleh mengambil risiko menggunakan laluan udara sesuka hati dan ia tidak akan berlaku.
Setiap juruterbang tertaktuk kepada Sistem Notis Kepada Juruterbang (Notam) dan di bawah sistem itu setiap juruterbang perlu mematuhi arahan daripada pusat kawalan udara dari poin ke poin laluan untuk mengelakkan pesawat tersasar.
"Kalau Notam bagitahu laluan ke destinasi semuanya ok tidak ada ruang udara yang tutup, tidak ada berlaku gangguan angin dari atas muka bumi, juruterbang akan mematuhi pelan penerbangan yang asal.
"Tetapi jika ada arahan baru, juruterbang pasti akan mengubah laluan.
"Senang cerita, katakan anda melalui Lebuh Raya PLUS dan kita biasanya mengikut arahan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS). Kalau papan tanda kata lebuh raya antara Kuala Lumpur ke Melaka lancar, adakah kita perlu mencari alternatif lain? Tidakkan?
"Begitu juga dengan juruterbang-juruterbang pesawat. Kami perlu mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pusat kawalan udara," tegasnya.
Oleh sebab itu, sangat, sangat mustahil nahas yang menimpa MH17 dikaitkan dengan kesilapan manusia.
Mengulas mengenai kedudukan MH17 yang berada ketinggian 33,000 kaki semasa kejadian, Kapten Md Fauzi berkata, paras ketinggian itu tidak mustahil, selain mematuhi arahan pusat kawalan udara negara berkenaan, paras itu adalah logik mengikut tempoh penerbangan dari Amsterdam.
"Dalam tempoh penerbangan yang sudah mencapai jangka waktu empat jam, ketinggian itu memang wajar.
"Paras ketinggian itu juga mengukur masa pergerakan pesawat dari poin ke poin sebelum memasuki koridor udara yang lain.
"Ia juga ditentukan oleh pusat kawalan udara untuk memastikan MH17 tiba di poin berikutnya dalam jangkaan pelan penerbangan.
"Sebab itu, kalau hendak kata juruterbang silap masuk ruang udara, terbang terlalu rendah memang tidak boleh diterima.
"Apa yang semua perlu tahu dan faham, penerbangan pesawat di udara dikawal oleh pusat kawalan udara sesebuah negara yang dilintasi oleh kapal terbang.
"Tugas juruterbang memastikan arahan berkenaan dipatuhi," jelasnya.
Beliau memberitahu, pada ketinggian 33,000 kaki, seseorang juruterbang masih boleh melihat keadaan di bawah jika cuaca baik - tiada awan tebal atau kabus.
Tambahnya, Eropah kini mengalami musim panas dan sepatutnya cuaca baik.
"Dari ketinggian itu, juruterbang masih boleh melihat kereta tetapi dalam bentuk titik. Kalau kereta bergerak, kami nampak titik bergerak. Kalau haiwan tu susah untuk lihat dengan jelas.
"Tetapi pada ketinggian itu sukarlah bagi juruterbang untuk melihat sesuatu objek dengan jelas," ujarnya.

2 comments:

  1. bagus sungguh ulasan kapten ini...

    jangan kita benarkan diri kita di bahalol kan oleh kuasa asing.

    bukan nelayan yang bawak kapalterbang pun , ini juruterbang dah bertahun tahun.

    kekadang kuasa luar cuba insult intellugence kita 'orang asia' macam mereka pandai sangat.

    mereka lupa yang mereka lah bahalol berak tak basuh , tapi lap dengan kertas aja... eeeekkk !!

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya kemalangan MH17 ini melibatkan amerika dan kuncu-kuncunya serta ukraine sebagai budak suruhannya. Lagi satu pemimpin ukraine sekarang ni ramai terdiri dari keturunan yahudi. Mereka mahu menjatuhkan imej russia dan hubungan baik antara Malaysia dgn russia. Spt yg berlaku kpd kes MH370 hubungan baik Malaysia dgn China terjejas.

    Sepatutnya LOG perbualan antara ATC ukraine dgn kapten MH17 telah dberikan kpd pegawai penyiasat. Begitu juga dgn data radar kawalan ATC. Apakah data radar juga akan hilang spt MH370 kelmarin?

    Banyak keraguan dlm kes ini dan kerajaan ukraine seolah-olah tidak bersungguh-sungguh utk membolehkan penyiasat akses kpd tempat kejadian.

    Pemimpin kita mestilah tegas dan proaktif.PBB pun dah buat sidang tergempar tetapi parlimen kita baru terhegeh-hegeh. Apa takut nak menjawab tetapi hanya mahukan sokongan???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa