Berikut perkembangan isu berkaitan MH17 hari ketiga dari masa ke semasa:
19.14 Pasukan pemisah memaksa pekerja keselamatan untuk menyerahkan 196 mayat ditemuni, dan membawanya ke bandar yang dikuasai kumpulan pro-Rusia, lapor Associated Press.
Sementara itu, Ogranisation for Security and Co-operation in Europe dalam pasukan pemantauan khas dilaporkan melihat mayat berada dalam “beg mayat profesional” dan dibawa ke sebelah jalan oleh “pakar” yang tidak diketahui.
18.40 Hasrat kaki judi untuk meraih keuntungan dengan membeli nombor yang berkaitan dengan tragedi MH17 kecewa apabila pertaruhan mereka tidak diterima lagi.
Semakan di kedai-kedai Da Ma Cai, Toto dan Magnum mendapati nombor panas 1717 dan 777 tidak lagi diterima sejak Jumaat, lapor The Star Online.
Seorang pekerja di kedai Magnum di George Town berkata beliau pada mulanya tidak tahu menahu kenapa nombor itu tidak diterima sebelum menyedari pesawat MH17 jenis Boeing 777 ditembak jatuh pada 17 Julai.
Pusat media ditutup tengah malam
18.23 Pusat Media MH17 di Hotel Sama-Sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditutup mulai tengah malam ini.
Menurut notis yang ditampal di pintu pusat media sebentar tadi, Jabatan Penerangan Malaysia meminta pihak media yang berkampung sejak awal pagi Jumaat lalu menghubungi pegawai komunikasi korporat kementerian penerangan Mano Verabatran untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Kebanyakan menteri kabinet yang terlibat telah pun berlepas ke Kiev sejak semalam bagi menyelia dan berbincang mengenai usaha menyiasat punca MH17 terhempas di timur Wilayah Donetz, Ukraine Khamis lalu.
Laporan polis pada isteri MP
18.15 Biro Nasional Pemuda Gerakan membuat laporan polis terhadap Yuki Tan, isteri anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik.
Ketuanya Puspanathan Jayaveloo mendakwa, kenyataan Tan berhubung insiden MH17 “melampau” selepas didakwa menyalahkan Malaysia atas tragedi itu di Facebook.
Tan sebelum itu memohon maaf dan membuang komen itu dan berkata beliau tidak berniat menyalahkan negara ini atas nahas itu.
17.05 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19 dan akan bermula 25 Julai depan.
Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa.
16.33 Petugas syarikat penerbangan seluruh dunia membanjiri satu laman Facebook dengan curahan hati masing-masing untuk merakam penghormatan dan penghargaan mereka kepada anak kapal MH17, lapor Bernama.
Akaun Facebook bernama "A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah kepada anak kapal MH17.
Siswa harap syirik tak berulang
15:33 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) meminta agar semua pihak menjadi lebih matang dalam menghadapi tragedi ini.
Presiden PMIUM Khairol Najib Hashim berkata fenomena penyebaran maklumat palsu dan teori konspirasi harus dielak untuk tidak mencemarkan imej negara ini.
Kharol turut meminta agar fokus rakyat terhadap MH17 ini tidak mengalih pandangan daripada krisis kemanusiaan di Gaza antara rejim Zionis dan rakyat Palestin.
"Kita tidak mahu fenomena penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh, amalan syirik dan sebagainya kembali berulang dan mencemarkan imej negara.
"Hal ini kerana iajelas mempamerkan mentaliti negatif rakyat Malaysia dan mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita," kata beliau dalam satu kenyataan.
PAS mahu Duta Ukraine, Rusia dipanggil
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan kerajaan perlu memanggil wakil kedutaan Ukraine di negara ini untuk memberi penjelasan insiden tersebut.
Dipetik Harakahdaily, Mahfuz berkata Malaysia sepatutnya tidak tunduk dengan Ukraine kerana kerajaan mereka bertanggungjawab dalam krisis negara itu sehingga melibatkan penerbangan Malaysia.
Beliau juga berharap Rusia dipanggil kerana negara itu menurutnya berada di belakang pemberontakan dan ketegangan antara kedua-dua negara.
Sunderland-Newcastle bersatu
12.15 Jarang-jarang terjadi, peminat pasukan bola sepak Inggeris Sunderland memulakan kempen mencari dana bagi membantu peminat Newcastle United yang meninggal akibat nahas MH17.
Newcastle dan Sunderland terkenal sebagai musuh ketat zaman berzaman dalam dunia bola sepak Inggeris kerana kedua-duanya berasal daripada kawasan sama di utara United Kingdom.
Sky Sports melaporkan, peminat Sunderland sudah mengumpulkan 14,000 untuk dua mangsa, iautu Liam Sweeney, 28, dan John Adler, 63.
12.00 Pihak berkuasa Ukraine menegaskan masih belum menerima sebarang kotak hitam yang dikatakan ditemui di tapak nahas MH17.
Dalam kenyataannya malam tadi, kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur berkata, lokasi kotak hitam masih tidak jelas walaupun ada laporan menyebut ia dihantar sama ada ke Rusia atau diserahkan pada pihak berkuasa Ukraine.
10.30 Bank Belanda kini mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kredit kad mangsa MH17 tidak disalah guna oleh pihak lain selepas laporan mendakwa ia digunakan di kawasan berdekatan tempat nahas.
AFP melaporkan, bak-bank di Belanda menawarkan untuk mengganti kembali wang, yang digunakan daripada kad kredit curi, kepada keluarga mangsa.
10.20 Singapore Airlines Ltd (SIA) membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu selepas mengeluarkan kenayataan dianggap tidak sensitif berkaitan isu MH17, lapor Reuters.
Beberapa jam selepas MH17 ditembak di timur Ukraine pada Khamis dan mengorbankan 298 nyawa, SIA di Facebook dan Twitter syarikat itu memuatkan pesanan berkata pesawatnya tidak menggunakan ruang angkasa Ukraine.
8:00 Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lain terbang ke Ukraine bersama rombongan enam orang pada 11.59 malam pada Sabtu bagi membantu pasukan Malaysia di negara itu, lapor Bernama.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa