Rusia hari ini menafikan apa-apa penglibatan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, tetapi mengatakan ketenteraan Ukraine memiliki sistem peluru berpandu darat-ke-udara BUK.
Duta Rusia ke Malaysia Lyudmilla G Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya memiliki sistem mudah alih.
"Linkungan yang boleh dicapai sistem mudah alih ini hanya 5,00 meter, bermaksud ia tidak mampu menyasarkan jet komersil yang sedang terbang setinggi 33,000 kaki," kata Vorobyeva.
Vorovyeva berkata pada sidang media di kedutaan Rusia di Jalan Ampang hari ini Rusia dipersalahkan secara tidak adil oleh media Barat.
"Di mana bukti kukuh yang Rusia terlibat dalam tragedi MH17? Semua jari yang dituding dan tuduhan yang dibuat adalah tanpa bukti."
"Semasa Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq pada 2003, mereka katakan ia angkara Timur Tengah kerana mereka memiliki senjata nuklear."
"Bagaimanapun, hingga hari ini dunia masih menunggu bukti 'weapons of mass destruction' yang digunakan sebagai alasan untuk menyerang oleh AS," kata Vorobyeva.
Beliau berkata pemberontak di Donetsk tidak memiliki sistem yang maju seperti peluru berpandu darat-ke-udara BUK, dan hanya pengguna yang terlatih boleh menggunakannya," kata Vorobyeva. – 22 Julai, 2014.
nampak gaya RUSSIA memang tak ter libat.
ReplyDeletekalau nak sangat UKRAINE , RUSSIA bomb saja Nuklear BOMB yang Ukhraine simpan... senang aja bah
russia pun bukan bacul macam Amerika & United Kingdom !