Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 20, 2014

Seseorang cuba hubungi keluarga guna iPad mangsa

19 Julai 2014
Korban Ng Shi Ing dan anak

SHAH ALAM – Keluarga mangsa nahas MH17 dilaporkan ada menerima mesej melalui laman sosial Facebook mangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, memaklumkan perkara itu melalui kemas kini status Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau telah bertemu keluarga mangsa MH17 dan salah seorangnya merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang kehilangan isteri, anak dan adik ipar dalam nahas, Khamis lalu.

“Isterinya seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp yang membawa adik perempuan bagi membantu menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika dia menghadiri persidangan.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur untuk mengesan individu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa