Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 24, 2014

Terkini: Pesawat Air Algerie Disahkan Terhempas

Pesawat Air Algerie yang hilang telah terhempas, lapor Reuters
T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Julai 24, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 24, 2014 22:04 MYT)
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Air Algerie dari Burkina Faso ke Algiers telah terhempas, lapor Reuters.

“Saya boleh mengesahkan pesawat itu telah terhempas,” kata seorang seorang pegawai kerajaan Algeria kepada Reuters .

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago berkata pesawat itu memohon kebenaran untuk mengubah haluan pada 0138GMT (9.38 p.m. EDT) kerana ribut di kawasan laluan.

Reuters juga melaporkan bahawa lebih separuh daripada penumpang pesawat itu adalah rakyat Perancis.

Dua pesawat pejuang tentera Perancis telah dihantar ke kawasan itu untuk mencari pesawat itu.

Ia dilaporkan bahawa pesawat penumpang itu hilang hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan agensi berita kebangsaan APS, syarikat penerbangan itu telah menggerakkan satu pelan kecemasan untuk mengesan pesawat AH5017.

Menurut satu sumber, pesawat itu hilang hubungan apabila ia berada di ruang udara Mali ketika menghampiri sempadan Algeria.

1 comment:

  1. terhempas hilang ditembak macam macam duk jadi lani
    ingatla mati agar kamu tidak rugi wahai orang orang yang beriman.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa