Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

Aku Dah Kata Korban Kuasa Bodek!


Tersingkir pensyarah angkara jaga hati 'tuan politik'

HARAKAHDAILY.

KUALA LUMPUR: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menyesali campurtangan Kementerian Pendidikan  Malaysia dalam isu kepimpinan UMcedel yang membawa kepada ‘tersingkirnya’  Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya sebagai pengarah.

Beliau yang sepatutnya memegang jawatan hingga Disember 2014, telah ‘disingkirkan’ pada bulan April yang lalu, iaitu lapan bulan lebih awal melalui percaturan yang membawa kepada pelantikan pengarah yang baru.

"Seperti yang diketahui umum, peranan Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman amat instrumental dalam mengangkat UMcedel sebagai sebuah pusat kajian demokrasi dan pilihan raya yang berwibawa," ujar Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Ismail dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, katanya sekaligus mengangkat nama Universiti Malaya ke tahap yang membanggakan sebagai sebuah universiti yang mendukung kebebasan akademik.

Katanya lagi, kajian-kajian yang dibuat secara profesional berjaya meningkat dan mempertajamkan pemikiran masyarakat bahkan membantu para pembuat dasar dan juga ahli-ahli politik dalam memahami realiti sebenar di lapangan.

Seperti selalunya, ujar beliau sebahagian dari hasil kajian, terutama apabila melibatkan amalan demokrasi dan pilihan raya, akan menemukan hal-hal yang berlawanan dengan persepsi yang sedia ada, sebahagiannya adalah  hard truths yang menyakitkan.

Tambah beliau, tetapi itu semua harus diterima oleh semua pihak, termasuk pemerintah, dengan hati terbuka, rasional dan objektif demi merealisasi sebuah masyarakat sivil yang berasaskan prinsip demokrasi.

Baginya, amat mendukacitakan apabila ada pihak yang tidak berpandangan jauh, yang barangkali didorong oleh kepentingan peribadi serta keinginan bagi menyenangkan hati pihak-pihak tertentu, terutama ‘tuan-tuan politik’ mereka, lalu membuat rencana yang membawa kepada ‘tersingkirnya’ Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya.

"Kes beliau tidak banyak berbeza dari kes-kes ‘penganiayaan’ sebelum ini yang juga berakhir dengan ‘penyingkiran’ beberapa orang ahli akademik yang berani speak their minds bila sahaja pandangan mereka berbeza dengan pandangan pemerintah," katanya lagi.

Justeru, kata beliau Wadah berpandangan Kementerian Pendidikan seharusnya membuat keputusan dan bertindak lebih profesional, objektif dan adil, sekiranya benar-benar ingin menjadikan universiti sebagai pusat kecermerlangan  bertaraf dunia.

Beliau menegaskan, universiti mesti menjadi medan yang meraikan percambahan idea dan pemikiran sekalipun berbeza dengan idea dan pandangan the establishment.

Dari kepelbagaian ini, ujar beliau idea dan pemikiran yang baik dapat disaring dan diangkat untuk diaplikasi bagi kesejahteraan umat.

Katanya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memikir semula, back to the drawing board, dan membuat soul-searching bagi menentukan apakah langkah-langkah yang diambil membantu membina masa depan bangsa atau hanya memundurkannya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa