Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 23, 2014

Boleh Diharap Ker Ni? Dulu Pulau Batu Puteh Dah Terlepas!

Peguam Negara diarah kaji kaedah tindakan

 | July 23, 2014
Sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Malaysia selepas ini harus selaras dengan undang-undang digunapakai di peringkat antarabangsa terutamanya yang melibatkan insiden serupa.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengkaji secara mendalam mengenai kes MH17 bagi memastikan sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Malaysia selepas ini adalah selaras dengan undang-undang yang digunapakai di peringkat antarabangsa.
“Tindakan menembak jatuh pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang itu merupakan satu perbuatan zalim, malah ia juga bertentangan serta melanggar prinsip mengikut persetujuan dalam Konvensyen Chicago yang diiktiraf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Resolusi 1067 (1996).
“Dalam hal ini, PBB sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana lokasi pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.
“Bahkan PBB juga mendesak semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan yang terlibat dalam insiden berkenaan bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat,” katanya.
Jelasnya lagi, menurut apa yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu.
“Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO,” katanya.
Malaysia juga akan menawarkan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini.
“Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman antara yang telah pun berada di Kiev, Ukraine,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa