Kumpulan pemisah, Rusia terus jadi tumpuan
mk - 1:20AM - 20 Jul 2014
Media antarabangsa terus memusatkan tumpuan ke atas puak pemisah pro-Rusia yang didakwa memusnahkan bahan bukti penting di kawasan bencana pesawat Malaysia
Laporan rangkaian CNN mendakwa kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk itu turut mencuri bahan kemas, kad kredit dan wang dari kawasan bencana.
Selain itu, kawasan bencana itu juga telah dimasuki penduduk tempatan yang turut memindahkan mayat dan serpihan dari pesawat berkenaan, lapor Reuters.
Sekat pemerhati, penyiasat
Perkembangan ini menimbulkan kemarahan di Malaysia, dan juga Netherlands – negara dengan jumlah warga paling ramai dalam penerbangan malang itu.Kumpulan pemisah yang mengawal wilayah juga dilaporkan menghalang pasukan pemerhati Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah dari memasuki kawasan bencana.
Kumpulan berkenaan disambut dengan bedilan senjata api ke udara apabila cuba memasuki kawasan itu hari ini, sehari selepas MH17 yang membawa 298 nyawa terhempas di zon konflik tersebut.
Pasukan itu hanya dapat melaporkan keadaan mayat yang menyedihkan di kawasan bencana yang tidak diurus sebaiknya.Keadaan sukar tersebut mencetus kebimbangan utama Malaysia, memandangkan pasukan penyiasat Malaysia yang tiba di Ukraine hari ini masih belum berjaya memasuki kawasan tersebut.
Tumpuan utama siasatan adalah kotak hitam pesawat Boeing 777 tersebut, yang didakwa telahpun jatuh ke atas pemisah pro-Rusia.
Di sebalik latar ini, kuasa besar dunia Amerika Syarikat terus meningkatkan tekanan ke atas Rusia agar meredakan ketegangan di kawasan nahas.
AS vs Rusia
AS juga berulang kali mengingatkan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa pesawat Malaysia itu ditembak oleh pemisah yang disokong oleh Rusia.Moscow bagaimanapun menangkis tuduhan AS dan Kiev bahawa Rusia menjadi dalang serangan berkenaan.
Jemaah menterinya sebaliknya menyalahkan Kiev atas keganasan yang berlaku di wilayah tersebut, dan juga AS kerana "membangkitkan ketidakstabilan politik”, provokasi dan menyokong ahli politik anti-Rusia.
Laporan The Guardian menyebut, media dikawal kerajaan Rusia juga mendakwa pesawat MH17 ditembak oleh Ukraine, selain teori liar bahawa serangan itu dilakukan tentera Ukraine dengan tidak sengaja kerana mendakwa ia “membawa presiden Rusia (Vladimir Putin)”.
Perang saraf di Wikipedia
Sementara itu, perang saraf di dalam talian turut berlangsung di medan maya.Satu laman khas di portal ensiklopedia bebas Wikipedia berhubung tragedi MH17 didapati turut disunting oleh pihak yang dikaitkan dengan Moscow untuk menghapuskan tuduhan ke atas negara itu.
Tulisan asal yang menyebut bahawa pesawat itu ditembak jatuh "oleh pengganas-pengganas Republik Rakyat Donetsk yang mengiktiraf diri mereka sendiri dengan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima oleh pengganas tersebut daripada Persekutuan Rusia".
Suntingan balas yang dibuat sejam kemudian menyebut: "Pesawat itu ditembak oleh tentera Ukraine."
ini tanda tanda nak ber mula nya Perang Dunia Ketiga di dalangi Amerika di atas tanahair Ukraine.
ReplyDeleteDi mana mana peperangan melibatkan Amerika , negara yang hancur ber perang bukan di Amerika.
Apa pun kekuatan tentera Rusia amat di geruni juga.
China dan India sudah pasti menyebelahi Rusia - sekarang pun China sudah mengawal ekonomi dunia dalan Bank BRICS yang baru.
Amerika pulak dah banyak hutang tunggu jadi macam Greece saja , dan tidak mungkin Amerika ingin melihat menjadi hina macam Greece.
Dengan ada peperangan dunia , ekonomi Amerika akan bangun semula dari industri minyak dan alatan tentera.
Apa pun Presiden Putin bukan nya lemah , semua negara dunia tahu. Angela Merkel juga mungkin bersatu dengan Rusia kerana apa lah German tanpa Rusia , sama ideologi nya pada mula.
Gajah ber gaduh , tikus mati kena pijak...