PM: Berunding dengan pemisah 'langkah luar biasa'
mk - 6:34PM - 22 Jul 2014
Keputusan Malaysia untuk berunding dengan puak pemisah di timur Ukraine menerima reaksi yang bercampur, tetapi bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
"Ini adalah keadaan yang luar biasa yang memerlukan langkah-langkah yang luar biasa.
"Terdapat risiko yang terlibat dalam melaksanakan perjanjian ini. Tetapi kita merasa berkewajipan untuk meneroka semua peluang untuk memecahkan kebuntuan, dan untuk mendapatkan kotak hitam dan membawa pulang mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DAP nyatakan sokongan penuh pendekatan senyap Najib tangani isu MH17
Published: 22 July 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh usaha kerajaan Persekutuan melalui pendekatan diplomatik senyap yang digunakan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Julai, 2014.
Pendekatan diplomatik senyap yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima pujian DAP, malah menyatakan sokongan sepenuhnya di belakang Putrajaya.
DAP menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
"DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Lim juga berkata mereka menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam memulangkan jenazah penumpang kepada keluarga masing-masing, di samping menggesa siasatan rapi.
"DAP sedia untuk bersama-sama kerajaan Persekutuan dan menyokong usaha mereka untuk membawa pulang jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing supaya majlis pengkebumian yang sempurna boleh dijalankan.
"Serta memastikan siasatan rapi dilakukan demi menjamin keadilan ditegakkan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Najib semalam mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk memulangkan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitamnya ke Malaysia.
Beliau memberitahu perjanjian dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai perdana menteri yang mengetuai puak pemisah timur Ukraine di daerah Donetsk di mana MH17 terhempas.
Ketika media barat dan negara kuasa besar bertelagah dalam isu MH17, Najib berjaya menggunakan saluran diplomasi untuk menangani tragedi tersebut.
Tragedi MH17 adalah pengalaman buruk kedua yang dihadapi pentadbiran Najib dalam tidak sampai tempoh beberapa bulan.
Berbanding ketika mengendalikan kehilangan MH370, cara Putrajaya menangani kes ini dilihat lebih profesional dan belajar daripada pengalaman lalu.
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada Khamis lalu selepas terbang di laluan kawasan konflik di timur Ukraine dan mengorbankan 298 nyawa, termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi. – 22 Julai, 2014.
Silap tu.....Rosmah sebenarnya yang berunding dengan pemisah Pro Russia tu, Najib pula yang dapat nama. Berapa bilion pula wang Petronas telah disogokkan untuk tebusan tersebut??? Kebiasaannya kalau dah kaki rasuah, semuanya nak dirasuah tetapi takdir Allah, kalau kamu kaki rasuah maka Allah biarkan kamu merasuah seumur hidup sampai puas.. Nanti dalam kubur kamu rasuahlah Malaikat Munkar dan Nangkir pula.
ReplyDeleteAku rasa Rosmah yang minta pembrontak call Najib untuk berunding. Itu sebab tidur 4jam katanya.
ReplyDeletehidup ni jangan sombong sangat ada masa kena jugak melutut kepada puak yang dikatakan pemisah ka pengganas
ReplyDeleteka. mana amereka yang celaka tu tak hantar komando pi situ pandai pulak takut
yg berckap july 22 11.08 pm and 11.27 pm tu memannnnng le bodoh dan dungu.
ReplyDeleteDalam situasi berunding untuk menang-menang memang memerlukan psikologi tinggi dan ketahanan mental serta emosi yang kental, jika perundingan sebaliknya tentulah hasilnya agak pesimis kerna hati, emosi dan mental bergeledak dengan kebengisan, kebencian dan prasangka buruk. Ini akan mengundang permusuhan dan dendam kesumat yang tiada penamatnya kecuali Allah tunjukkan jalan yang lurus.
ReplyDelete