Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 31, 2014

Shin Bet Menggunakan Kejayaan Seciputnya Menagkap Seorang Pejuang Hamas Dengan Memburukkan Malaysia

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia' 
Astro Awani |Kemas kini: Julai 31, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 31, 2014 11:03 MYT)
'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'
Gambar fail pejuang Hamas

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

1 comment:

  1. Aku lihat, Malaysia negara yang majoroti penduduknya Islam yang paling lantang dan berani boikot dan memgutuk kekejaman yahudi.Tidak hairanlah yahudi sekarang mahu jadikan Malaysia sebagai kambing hitam dan dan kalau boleh mahu melumpuhkan ekonomi Malaysia. Dan tidak mustahil kalau kes pesawat MAS ditembak dan diculik ada kaitan dengan yahudi terkutuk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa