Sokong Gaza: Ahli parlimen Britain nyatakan sokongan kepada Azizulhasni melalui Twitter
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Julai 27, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 27, 2014 14:56 MYT)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen Britain menyatakan sokongannya terhadap jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang yang memakai sarung tangan tertera slogan 'Save Gaza' pada pusingan pertama acara pecut individu Sukan Komanwel Khamis lalu.
Ahli parlimen Bradford West, George Galloway menyuarakan sokongan tersebut menerusi laman Twitternya hari ini dengan memuatnaik gambar Azizul memakai sarung tangan tersebut.
Dalam Twitternya itu beliau meminta supaya penganjur Sukan Komanwel tidak mengambil tindakan 'bodoh' dengan menghukum Azizul.
"Saya harap pihak berkuasa Sukan (Komanwel) tidak akan bertindak bodoh untuk cuba menghukum pelumba wira dari Malaysia ini," katanya sambil menambah hashtag #Gold4Courage.
Hashtag #Gold4Courage tersebut juga menjadi trending di laman Twitter di London sebentar tadi.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa