Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 31, 2014

Kesungguhan Usaha Kerajaan Memerangi Rasuah: Ini Buktinya!

Kalau rakyat kata dia ni adalah 'Budak Suruhan' atau 'Alat'
Dia akan marah dan menafikan.......
Patutkah bercakap atau menuntut hal moral denganya?

Kenapa tangguh dakwaan rasuah bekas setiausaha politik pemimpin Umno, soal peguam 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 31 July 2014
Para peguam berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tanggungjawab moral menerangkan kepada orang ramai jika beliau memutuskan untuk menggugurkan sebarang pendakwaan terhadap individu walaupun ianya tidak dituntut undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider oleh 29 Julai, 2014 

Hampir enam bulan berlalu sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan siasatan terhadap bekas setiausaha politik dituduh menyalahgunakan dana RM 1.1 juta daripada tiga yayasan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin.
SPRM sudah menyerahkan hasil siasatan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi sehingga hari ini masih tiada apa-apa tindakan sehingga menyebabkan beberapa peguam mempersoalkannya.
Para peguam berkata, sebarang penangguhan terhadap pendakwaan kepada mana-mana individu akan menimbulkan keraguan terhadap usaha kerajaan untuk memerangi rasuah di kalangan mereka yang rapat dengan kekuasaan.
Para peguam mengulas penangguhan untuk mendakwa bekas setiausaha politik pemimpin Umno dan seorang pengarah syarikat dengan tuduhan rasuah.
Peguam Datuk Baljit Sidhu yang mengikuti dengan dekat kes ini mengatakan SPRM memulakan operasi terhadap dua orang itu pada September tahun lepas.
Pada Februari kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi dipulangkan semula kepada SPRM untuk siasatan lanjutan.
Namun difahamkan, kertas siasatan itu dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara tidak lama selepas itu.
“Peguam Negara sekarang harus membuat keputusan sama ada meneruskan dengan pendakwaan atau menggugurkan kes kerana kekurangan bukti,” kata Baljit.
Beliau berkata, adalah lebih baik jika Gani bersedia untuk menyatakan pendirian yangjelas jika memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
"Semua kes jenayah melibatkan kepentingan awam dan Peguam Negara secara moralnya wajib menjelaskan jika enggan meneruskan pendakwaan, kerana ia membabitkan individu yang berkait dengan ahli politik terkenal," katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, timbul persoalan penangguhan dakwaan yang terlalu lama selepas SPRM selesai menjalankan siasatan.
"Melengahkannya akan menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan politik atau layanan istimewa apabila membabitkan personaliti yang berkaitan dengan kerajaan pemerintah," katanya.
Paulsen berkata, Peguam Negara perlu bertindak pantas dan tegas dalam kes ini demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap SPRM dan sistem keadilan.
SPRM memulakan siasatan pada September lalu selepas setiausaha politik kepada seorang ahli politik terkenal ditahan kerana didakwa menyalahgunakan dana kerajaan di bawah program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM).
Setiausaha politik dan seorang pengarah syarikat yayasan disiasat selepas wang program itu didakwa tidak digunakan untuk membantu golongan miskin, sebaliknya untuk tujuan politik.
SPRM juga merampas 10 kenderaan mewah milik suspek termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry.
Program 1AZAM merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan miskin di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Kedua-dua suspek sepatutnya didakwa Februari lalu, tetapi dibebaskan 11 jam kemudiannya dengan ikat jamin RM50,000 setiap seorang.
Ekoran itu, Ahli Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM yang dipengerusikan Tan Sri Johan Jaafar meminta penjelasan Gani.
Menurut Gani, kes itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum pendakwaan dilakukan.
SPRM kemudian menjelaskan kertas siasatan diserahkan kembali kepada mereka untuk mengumpul lebih banyak bukti daripada pelbagai sudut prinsip dan alternatif lain.
Difahamkan, kes itu berkaitan dengan penahanan Datuk Suhaimi Ibrahim, setiausaha politik kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.
Suhaimi berkata, beliau disiasat atas dakwaan menyalahgunakan tabung program 1AZAM, manakala tujuh lagi pegawai kementerian turut disiasat.
"Tidak ada apa yang perlu disembunyikan. Saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di blog dan portal online tidak semuanya benar," katanya.
SPRM dilaporkan merampas 10 kenderaan mewah milik Suhaimi, namun beliau menafikan ia miliknya.
"Kereta itu bukan saya punya," kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta, Pahang. – 31 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa