Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 28, 2014

Lebih Baik Hadi Bawa Saja PAS Keluar dari PR!

Dari dulu tindak tanduk Hadi dan geng UGnya seolah sentiasa bertentangan dengan hala tuju PR
Sehinggakan Hadi disaman
Sekiranya Hadi merasakan PAS lebih selesa bersama UMNO kenapa masih bermain wayang?

Kedudukan PAS dan pimpinan Hadi selepas ini biarlah Ahli dan penyokongnya tentukan
Aku juga tidak lagi akan mengundi sebuah parti yang bersandarkan retorik dan menumpang populariti orang lain dan hasrat serta harapan rakyat dipermainkan!

Pakatan mungkin berpecah selepas Aidilfitri, kata pemimpin PAS
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Published: 28 July 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.
"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.
"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.
"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.
"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.
"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.
"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.
Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.
"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.
Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.
"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.
DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.
Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.
Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.
"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.
Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.
Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.
"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.
"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. – 28 Julai, 2014

8 comments:

  1. Dan temam seleluarga seramai 7 org sudah bersedia untuktidak memgundi pas dlmm pru 14 mnt walaupun selama ini pas sentiasa dihati semoga din ayam akan terus memperkudakan bapak mertuanya.

    ReplyDelete
  2. Dan temam seleluarga seramai 7 org sudah bersedia untuktidak memgundi pas dlmm pru 14 mnt walaupun selama ini pas sentiasa dihati semoga din ayam akan terus memperkudakan bapak mertuanya.

    ReplyDelete
  3. Lepas ni aku akan isi borang DAP la.
    Pasai PAS tak pandai berpolitik, tak pandai nak bersetiakawan. PR dah ada ketua dah kalu anak kapal tak setuju dengan nakhoda maka jadi kacau bilau dalam kapal. Dap yang bijak berpolitik - setiakawan dan taat ketua. Aku ikut keputusan PR bukan PAS. PAS + DAP + PKR = PR(Sama2 setuju untuk satu BOSS) Sapa boss?. Kalu tak setuju dengan boss. Tanya?

    ReplyDelete
  4. UMNO telah berjaya pada fasa pertama untuk menhancurkan Pakatan Rakyat, hanya dengan satu suntikan saja,dan utusan meloya telah mula memain peranan,apa lagi ditunggu PAs bolehlah berbangga sekarang,tambah-tambah lagi Hassang Ali dan Nasha hasil dari kerja kuat mereka berdua inilah maka sekarang telah terbukti pengeluaran produk yang berharga buat propaganda UMNO syabas kepada kedua mereka.

    ReplyDelete
  5. Kalau susah sangat sehingga para ahli PAS yang tak tau hujung pangkal pun sanggup memfitnah TGNA dan TGHH lagi molek di pecat dahulu sebelum PAS di bawa keluar dari PR.

    ReplyDelete
  6. Lim Kit Siang kata Haji Hadi diibarat panadol yang expire,betapa marahnya ahli2 PAS kepada Kit Siang. Tetapi melihat snerio politik Haji Hadi seakan benar. Haji Hadi tidak menampakan pemimpin politik berwibawa tidak seperti Mat Sabu,Dr Hatta Ramli dari golongan profesional dan Tok Guru Nik Aziz dari golongan ulama.
    Tidak membandingkan pemimpin2 dari PKR dan DAP yang sememangnya lantang berbagai isu.
    Terserah kepada rakyat bukanya ahli2 PAS yang menilai.

    ReplyDelete
  7. Ahli ahli PAS semua nya Melayu.

    Bila PAS lemah , rata rata bangsa bukan melayu lihat Melayu lemah.

    UMNO parti rasuah , semua orang rata rata tahu UMNO itu Melayu.

    Bila Hadi bersekutu dengan UMNO , rata rata orang lihat MElayu ini cakap agama macam Malaikat , tapi bila hal duit sama jugak macam hantu.

    jatuh sudah kredibiliti PAS , parti lemak gaya lebih dari Pak Arab zaman Jahilliyah.

    Melayu sudah lah miskin , padan lah PAS jadi ketua nya.

    ReplyDelete
  8. apa masalah anda semua ni....baca wassap jangan sekerat2...tu le jadi nya... bila kaum yg fasik bawa berita...siasat dulu sahih ke x...kang nanti timbul fitnah...menyesal x guna

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa