Kami sudah beli tiket balik beraya di Kelantan, kata isteri juruterbang MH17
Published: 19 July 2014 - mStar
"Kami sudah beli tiket kapal terbang untuk balik ke Kelantan raya ini kerana dia dijangka bertugas hari raya kedua," kata isteri juruterbang pesawat MH17, Mariam Yusof kepada ahli Parlimennya, Dr Mariah Mahmud.
Mariam memberitahu ahli Parlimen Kota Raja itu ketika Dr Mariah menziarahi isteri kepada Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, juruterbang pesawat MH17 yang terkorban bersama 297 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu.
MH17 ditembak jatuh dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika melalui kawasan bergolak di timur Ukraine pada malam Khamis.
Ia membunuh semua yang ada di atasnya, termasuk burung dan anjing yang turut dibawa menaiki pesawat itu.
Menurut Dr Mariah yang pergi seorang diri ke rumah Kapten Wan Amran, beliau menziarahi Mariam yang tinggal di Alam Impian dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang diwakilinya semalam sebaik sahaja mengetahui mengenainya.
Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki yang sedang belajar di sebuah sekolah agama di Klang.
Berdasarkan cerita dari rakan-rakan dan jirannya, kata Dr Mariah, Kaptan Wan Amran, 48, dianggap sebagai seorang yang sangat baik dan rendah diri.
Beliau juga sangat menghormati orang tua dan seorang anak yang sangat menyenangkan hati arwah ibunya.
Isterinya juga, kata Dr Mariah yang kini masuk penggal kedua menjadi ahli Parlimen di kawasan itu, seorang yang lemah lembut dan kelihatan sangat tenang dalam menghadapi tragedi ini.
Menurut isterinya, kata Dr Mariah, Kaptan Wan Amran menghubunginya melalui Whatsapp sebelum menaiki pesawat malang itu yang menjadi perhubungan terakhir antara pasangan suami isteri itu.
"Allah lebih menyayangi dia," kata Dr Mariah sambil menyedekahkan Al-Fatihah untuk semua yang beragama Islam yang dijemput menghadapNya di bulan yang mulia ini. – 19 Julai, 2014.
Baca juga : “MH17 pilot was pillar of the family”
arwah wan amran orang kuala kangsar perak. al fatihah buat arwah.
ReplyDeleteAnon 12:50 PM
ReplyDeleteMaaf saya terkhilaf
tak pe... kosong-kosong. sy pun minta maaf sbb komen sbg anon.
Delete