Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 22, 2014

Tragedi MH17: Memang Angkara Peluru Berpandu!

'Jelas terkena peluru berpandu'
New York: Bekas penyiasat keselamatan penerbangan David Gleave menyatakan imej bangkai pesawat MH17 dengan jelas menunjukkan pesawat itu memang terkena peluru berpandu.
Bagaimanapun, katanya, kotak hitam pesawat tidak akan dapat memberi maklumat lanjut mengenai apa yang sebenarnya menembak jatuh pesawat itu. 
Beliau berkata, imej bangkai pesawat itu menunjukkan berlaku letupan dari luar, dan juga kerosakan serpihan pada bekas minyak pesawat. 
Menurutnya, untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenainya, dia perlu menjalankan pemeriksaan bangkai itu sendiri serta mayat mangsa nahas untuk mencari kesan kimia dengan harapan ia dapat menentukan pengeluar peluru berpandu itu.
Katanya, masih boleh dilakukan walaupun penyiasat tidak mempunyai akses segera ke lokasi nahas.
"Saya tidak yakin (pencemaran lokasi nahas) seburuk yang dihebohkan," katanya sambil menambah, jika ia peluru berpandu, maka semua barang konvensional yang diperlukan untuk mengumpul maklumat, hanya akan menjadi sia-sia. 
"Kotak hitam tidak akan memberitahu anda yang ia adalah peluru berpandu," katanya. - The Guardian
-sumber

1 comment:

  1. cuba baca rt.com. press media menteri pertahanan Russia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa