OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 27 July 2014
Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014
Di Kampung Likas, 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Zaidi Atoh dan penduduk kampung lain berkata mereka berasa seperti "pendatang di tanah sendiri".
Penduduk komuniti Islam itu berkata mereka bimbangkan keselamatan anak-anak apabila warga asing kembali ke kampung mereka menjadikan kawasan itu sebagai hab pengedaran dan penyeludupan dadah.
Di kawasan membeli-belah Kampung Air yang terletak di tengah bandar raya Kota Kinabalu, pemandu teksi tempatan bercerita bagaimana pendapatan mereka terjejas apabila muncul pemandu warga Filipina dan Indonesia di kawasan itu
Keningau, dua jam jarak perjalanan, warga tempatan dan pendatang asing bersaing untuk mendapatkan tapak berniaga masing-masing.
Aktivis tempatan berkata kejadian ini adalah akibat Projek IC – aktiviti kad pengenalan diberikan secara tidak sah kepada warga asing – menjadikan Sabah bertambah padat.
Malah, warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu tahun lalu berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad.
Projek yang dimulakan sebagai taktik pilihan raya kini mengubah demografi Sabah ke tahap 38% warganya terdiri daripada warga asing.
Warga asing dengan MyKad bersaing bersama penduduk tempatan bagi mendapatkan lesen dan permit perniagaan. Warga tempatan berasa tidak puas hati kerana warga asing sanggup menyogok pihak berkuasa.
Aktivis tempatan Jalumin Bayogoh berkata jika isu itu tidak ditangani secara serius maka ketegangan akan bertukar menjadi kekejaman.
IC tulen, kerakyatan palsu
Projek IC dibuktikan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja berlaku pada 1980-an dan 1990-an semasa sidang yang berlangsung pada Januari 2013.
Saksi yang dipanggil sepanjang inkuiri itu menyebut projek berkenaan dijalankan oleh ahli politik dan penjawat awam semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kad pengenalan diberikan kepada pendatang yang kebanyakannya berasal dari Filipina dan Indonesia tanpa melalui saluran sah untuk memperoleh kerakyatan.
Dr Mahathir dalam keterangannya mengakui kerakyatan diberikan kepada pendatang Filipina di Sabah namun ia dijalankan secara sah.
Sebuah buku yang diterbitkan Parti Reformasi Sabah (STAR), "Agenda Borneo" mendakwa kira-kira 300,000 pendatang asing menerima kad pengenalan.
“Sekarang, mereka mungkin terdiri daripada jutaan pendatang yang mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui pintu belakang,” kata penulis buku itu, Neston Joannes.
Dia memetik kenyataan bekas pegawai daerah Sandakan, Asainar M.P. Ebrahim @ Hassnar yang mengaku terlibat dalam projek IC.
Nestor menulis projek berkenaan menyebabkan populasi Sabah meningkat kepada 302% di antara 1970-an dan 2000. Sebagai perbandingan, Sarawak yang mempunyai penduduk lebih ramai berbanding Sabah pada 1970-an mencatatkan peningkatan 106% populasi dalam tempoh sama.
Katanya, warga asing ini diberikan kad pengenalan supaya mereka boleh mengundi dalam pilihan raya.
“Bagi mengukuhkan penguasaan Umno di Sabah, mereka menggunakan warga asing yang diberikan IC untuk menjadi penyokong Umno.”
Pekerjaan dan kawasan kejiranan diceroboh
Chong, pemandu teksi sejak 12 tahun lalu dapat melihat bagaimana industri kereta sewa di Kota Kinabalu secara perlahan-lahan diambil alih oleh pendatang warga Indonesia.
“Sekarang semua teksi lapangan terbang dipandu dan diusahakan oleh kaum Bugis. Banyak di antara mereka menunggu di hotel dan pusat beli-belah,” katanya yang tidak mahu memberikan butiran lanjut.
Tidak seperti pemandu teksi Cina Malaysia atau Bumiputera tempatan, pemandu Indonesia fasih berbahasa Melayu.
Malah mereka mempunyai permit dan nama mereka tertera pada pintu teksi, kata Chong dan dua pemandu lain iaitu Ahmad dan Sapri ketika ditemui The Malaysian Insider.
Ahmad berkata bagi mendapat permit teksi, seseorang itu perlu memiliki IC, lesen memandu dan sekurang-kurangnya simpanan RM15,000 di dalam bank.
Mereka berkata warga asing berkenaan sanggup menggunakan “pintu belakang” bagi mendapatkan permit. Sedangkan warga tempatan enggan memberi rasuah untuk memperoleh lesen berkenaan.
Selain bimbang kehilangan kerja dan perniagaan, rakyat Sabah juga merasakan pendatang asing merampas segala-galanya yang ada pada mereka.
Zaidi yang merupakan ketua keselamatan dan pembangunan Kampung Likas berkata penduduk tempatan tidak selesa dengan penempatan warga asing yang membina pengkalan penyeludupan di sepanjang sungai berhampiran kampung.
Katanya, sungai berkenaan menjadi pusat penyeludupan minyak masak, rokok dan dadah bagi tujuan keluar mahupun masuk ke Sabah.
Mereka bertindak agresif dan melanggar undang-undang. Kami tidak berani melakukan perkara tersebut kerana jika polis dapat menghidu, di mana kami mahu melarikan diri? Pendatang ini mudah melarikan diri dengan bot kembali ke kampung halaman.”
Di kampung juga berlaku pergaduhan menggunakan senjata seperti parang dan pedang melibatkan pendatang dan musuh mereka. Namun, tiada laporan penduduk tempatan terlibat dalam insiden berkenaan.
“Bagaimanapun, kami hidup dalam ketakutan setiap hari. Kawan saya kata seolah-olah kami yang pendatang walaupun ini negara kita.”
Masalah Malaysia
Aktivis tempatan percaya 64,000 warga Filipina dijamin status pelarian mereka pada 1970-an yang menyaksikan pemberian kerakyatan.
Jalumin dari Amanah Warisan Borneo berkata pelarian sebegini seharusnya diberikan pas residen yang membolehkan mereka mencari kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah.
“Namun ia tidak memberikan mereka hak untuk mengundi. Apabila anak-anak mereka pergi ke sekolah, kita boleh mengajar anak mereka dan menjadikan murid berkenaan setia kepada negara.”
Pemimpin BN Sabah Datuk Jahid Jahim berkata apa yang lebih mengganggu rakyat di negeri itu adalah warga asing yang setia kepada pasukan bersenjata luar Malaysia.
Perkara itu lebih membimbangkan apabila mereka bersedia membunuh rakyat Malaysia apabila menerima arahan dari kumpulan mereka.
Jahim berkata sebagai permulaan, kerajaan perlu mendaftarkan semula setiap orang di Sabah dan memberikan IC baru. Ini akan membantu mengasingkan rakyat Malaysia dengan pendatang.
“Ini masalah Malaysia bukan hanya masalah Sabah,” katanya yang juga merupakan ketua penerangan Parti Bersatu Sabah. – 27 Julai, 2014.
kerana sang pengkhianat mahu dan gila kuasa habis hak rakyat dicabuli,anak tempatan jadi pendatang hanya kera kegilaan dan ketamakkan sang pemerintah terutama mamak kutti lahanat ! kini rakyat sendiri menderita bukan sahaja di sanah/serawak tapi di semenanjung pun sama semua di sapu & bolot pendatang,ABU !
ReplyDeleteBila si bahalol yg mendapat mandat 47% tuk pimpin majoriti 53% maka negara akan di laknat.
ReplyDeleteBodolah rakyat sabah dapat bahalol jadi ketua nya.
Bapak segala celaka mana yg bertindak memberi kad pengenalan demi kelangsungan politik.haramjadah betoi.saya lupa dah.dah lama.pokimak punya madey kutti.
ReplyDeleteorang bawah jadi tak tentu arah dek kerana orang atas melampaui batas
ReplyDeletetengok di cau kit peniaga dulu ramai anak melayu lani dari luar
banyak perkara dah tersasar dari pokok perjuangan inila jadinya
lagi 30 tahun akan betambah parah masalah yang berkaitan pendatang ini