Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 22, 2014

MB Selangor - Khalid Digugurkan: Akan Berakhirkah Kecelaruan Politik Selangor?

Persoalannya adakah Sultan Selangor akan bersetuju?
Adakah PAS juga akur?

MB Selangor: Khalid Digugurkan, Wan Azizah Calon MB Baharu
Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:05 AM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini.
Anwar ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas mempengerusi mesyuarat MPP PKR.
Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Khalid dan Azmin masing-masing tidak hadir pada mesyuarat yang berlangsung sejak pukul 10 malam Jumaat dan berakhir selepas hampir tiga jam kemudiannya.

Azmin kini sedang menunaikan umrah.

Selain itu Anwar ketika ditanya mengenai tempoh masa akan berlakunya peralihan kuasa di Selangor berkata: "Secepat mungkin. Tapi kita akan bincang dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid dahulu.
Tambah Anwar, cadangan nama Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Rabu ini selepas sidang khas Parlimen mengenai isu MH17.
Anwar ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas mempengerusi mesyuarat MPP PKR.

Jelas Anwar keputusan melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar yang baharu juga merupakan kesinambungan kepada 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Katanya, langkah itu perlu diteruskan bagi memberi ruang perubahan ke arah kebaikan di Selangor.

"Kita akui prestasi selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir...banyak rekod yang kita boleh banggakan.

"Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas dan yang menimbulkan kegelisahan rakyat.

"Langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini Abdul Khalid berkali-kali menegaskan bahawa beliau akan terus menguasai Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

Malangnya, kini ini segala teka-teki tersebut sudah berakhir dan terjawab.

1 comment:

  1. khalid ibrahim orang nya memang rajin bekerja.

    Pak Gud jaga sekolah pun rajin bekerja juga.

    tapi bila BOSS kata cukup lah , mesti akur dan hormat BOSS.

    kan BOSS yang bagi kerja.

    kalau dalam soljal , BOSS kata cukup tapi tak dengar , mungkin tikus tikus di Sabah tu gemuk jadi khinzir.

    apa pun tak guna hidup menongkat langit ; tak ke mana pun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa