Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 29, 2014

MH17: Kotak Hitam Tunjuk Nahas Akibat Serpihan Roket - Pegawai Ukraine

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 9:44 PM - mStar
Seorang lelaki berjalan dekat dengan serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, Ukraine. Foto Reuters

KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.
Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa