Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 27, 2014

Lima maut, empat parah dalam nahas jalan raya di Gua Musang

diGua Musang- 26 Jul 2014 (3 hours ago)
 
Lima maut dan empat parah dalam dua nahas jalan raya di sini hari ini. Dalam kejadian pertama, dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Terengganu maut apabila dua kereta berlanggar di Jalan Chiku–Aring di Aring 8 di sini pada kira-kira 10.30 pagi.
Mangsa ialah Mohd Kosim Rashid, 39, yang memandu kereta Produa Alza dan adik iparnya, Azliana Ab Kadir, 30, seorang guru di Sarawak dan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.
Mangsa yang parah ialah isteri Mohd Kosim, Arini Ab Kadir, 37, (mengandung tujuh bulan) serta tiga anak mereka, Mohd Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Kemalangan kedua pula berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira pukul 1.30 petang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan bas persiaran menyebabkan tiga sahabat dalam kereta itu maut di tempat kejadian.
Mereka ialah Suhariza Hassan, 35, dari Kampung Tawang, Bachok; Zulkifli Talib, 46, dari Kampung Temila, Pasir Puteh dan Mohd Zuki Ariffin, 41, dari Kangkong, Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata dalam insiden pertama, kereta dipandu Mohd Kosim dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bertam, Gua Musang dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung Nissan Grand Livina.
Beliau berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam insiden kedua, kereta dinaiki mangsa yang maut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kereta dinaiki mangsa yang cuba memotong kenderaan lain dan tidak lepas sebelum bertembung bas persiaran yang datang dari arah bertentangan,” katanya. - BERNAMA

2 comments:

  1. Sebagai anak jati kelantan sy salahkn sepenuhnya segala kejadian kemalangan berlaku kerana kecuaian dan kegagaln kerajaan persekutuan menyediakan jalan yg selamat. Kejadian seperti ini boleh di kurangkan jika kerajaan jkr menaik taraf jalan dari 2 lrg kpd 4 lrg jln utama. Berlagak macm negara maju tp Jalan macam negara mundur. Demi politik sanggup lihat rakyat mati kemalngan saban tahun. Lu pk la sendiri

    ReplyDelete
  2. Aiseyman.... Road traffic accident berlaku tanpa mengira taraf jalan. Bahkan diatas lebuhraya waima pun berlaku kemalangan. Sikap dan kecuaian pemandu bukan sahaja ketika memandu kenderaan,malah kondisi jentera yg dipandu mestilah fit untuk berada diatas jalan.... maknanya pemandu kena faham dan tahu status keadaan kenderaan mereka samada berada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Zaman menyalahkan pihak lain sudah berakhir.... manakala sikap seseorang hanya boleh diperbetulkan oleh tuan badan sendiri. Ramai lagi rakyat Kelantan yang berkereta dan puluhan ribu akan balik keKelantan apabila tiba musim perayaan setiap tahun dan mereka ini berhemah dan tahu memelihara keselamatan diri , dan keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa